- September 25, 2013
- 1 Comments
Dalam hidup dia cuba mentafsir,
Erti kehidupan yang semakin longlai mencium tempat dipijak,
Kiri kanan semakin terpalit noda hitam,
Kian membiak menjadi parah bernanah,
Kelodak hanyir amarah si jiwa remaja,
Dia tak fahami,
Dia masih dalam awangan mencari arah,
Tersandar pada pintu yang kian tumbang.
Jiwa merengek,
Mintak penjelasan,
Apa seharusnya bakal dia lakukan kelak?
Mencari jiwa yang hilang dalam timbunan - timbunan dosa,
Yang kian meninggi,
Untuk terus berlari
Takut tersungkur mencium tanah,
Untuk berjalan,
Takut tertinggal dibelakang,
Dalam gelodak pasrah,
Dia menggapai awan.
Berharap,
Agar diri tidak lemas mengikuti arus dosa,
Agar selamat ditiup bayu suci,
Dosa dosa kian parah,
Air mata jatuh menyembah bumi,
Mencari kasih nian hilang,
Mana mungkin akan kembali seperti dulu,
Hati suci tanpa palitan habuk-habuk,
Yang berterbangan mencari pemangsa.
Apa seharusnya?
Terus melangkah tanpa kata,
Membajai sedikit kekuatan dalam manik manik titipan rasa.
Apa seharusnya?
Akan berjaya melangkah mencari medan,
Yang lebih suci,
Dari dosa dosa kelmarin.
# N u r A m i e z a S u h a i n i
- September 04, 2013
- 2 Comments
Blogger . Kenal waktu latihan kawad kemerdekaan.
Ahli BPC . Komander2 tersayang.
Bersama Cik Nisa ** Pangkat apa tah, , Komander Suli ** Ketua Kampeni
Roommate tersayang :)
Komander Amal. Dia yang sangat baik hati
tolong aku kilatkan kasut . Sayang Akak :D
Kawan rapat aku time kat sekolah rendah. Jumpa balik kat
Uitm selepas 5 tahun lebih tak pernah jumpa.
budak comel. otak senget. kalau duduk sebelah dia mesti rasa nak kencing je.
sebab asik gelak melampau lampau. hahahha. **nampak tak permainan dia? :p
- September 02, 2013
- 4 Comments