Lupakan Penyingkiran Pluto: Selamanya Planet Tetap 11




TIGA tahun setengah yang lalu media dunia dikejutkan dengan penyingkiran Pluto dari senarai planet-planet.  Pada waktu itu saya bercadang untuk memberikan reaksi terhadap  artikel yang tersiar di akhbar Utusan Malaysia pada 26 Ogos 2006.  Artikel yang dipetik daripada AP itu tidak pula mencatatkan nama penulisnya.  Entah kenapa, saya terlupa, dan masa pun menenggelamkan hasrat itu.  Kini, saya mengambil kesempatan untuk menyatakan pendapat tentang isu tersebut.

Maklumat yang hendak disampaikan oleh penulis artikel AP agak mudah  -  bahawa Pluto kini telah disingkirkan daripada senarai planet di dalam Sistem Suria.  Selintas pandang ia tidaklah mejadi isu besar kepada manusia, kecuali sedikit modifikasi yang perlu dilakukan terhadap buku-buku sains di sekolah.  Lagipun apalah yang hendak dihebohkan sangat, sama ada Pluto masuk atau keluar senarai. Seperti yang sudah ditetapkan sunatullah, Pluto tetap berada di tempat dan di laluannya. Cuma agaknya lagu instrumentalia `Journey To Pluto’ akan kembali segar, setelah sekian lama menyepi. Ribuan lagi karya seni telah terhasil sejak penemuan Pluto oleh Claude Tombaugh pada tahun 1930.  Tiba-tiba setelah 93 tahun bergelar planet, sekumpulan 300 orang ahli Union Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union) yang berhimpun di Prague mengundi untuk menarik balik status tersebut.

Cerita tentang planet sekali lagi mendapat tempat di akhbar-akhbar dengan penemuan sebuah lagi planet, Gilese 581c, yang dikatakan mirip al-`ard (Bumi) yang dikesan oleh pencerap bintang di La Silla, Chile.  Penemuan ini dilakukan dengan menggunakan teknik baru, yakni mengesan lenggangan planet menerusi jarak-gelombang yang perkenalkan buat pertama kalinya... - AGENSI

Post a Comment

0 Comments