Lirik Lagu Sudah Takdir Begitu Samudera
Mata terlepas batin ku terseksa
Rindu membara dan kian membakar
Dipinggir hati yang sengsara
Masihkah dapat aku hiaskan
Cintamu itu di taman hatiku
Kepada tuhan ku terus berdoa
Agar kembali ketenangan
Walaupun kusedari hebatnya dugaan
Namun hatiku menaruh harapan
Seringkali ku terasa inginnya ku ulangi
saat yang indah bersama dirimu
Kasih yang bersarang dihati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung semula ikatan yang telah putus dulu
Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu
Kasih yang bersarang dihati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung semula ikatan yang telah putus dulu
Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu
Hidup ibarat di dalam sangkar
Mata terlepas batin ku terseksa
Rindu membara dan kian membakar
Dipinggir hati yang sengsara
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.