Lirik Lagu Gema Di Inderaloka Wings
Kubuka setengah
Gemersik menikam
Melantu suara
Ku tinjau sejenak
Untuk periksa
Bergema di lembah inderaloka
Suaramu
Membisik merdu dikalbu
Memanggilku
Kubuka sepenuh pintu dayamu
Dan melangkah masuk ke dalam kamarmu
Aku tak pasti apa akan berlaku
Kalau ku ditangkap pengawalmu
Mungkin aku kan terkorban
Dalam merinduimu
Tapi kenapa kau hadir saja
Dalam setiap mimpi-mimpi ku
Dan meniggalkan kunci dan peta
Kalau aku kau tak ingini
Kasih siapa aku disisimu
Kiniku berada dalam tamanmu
Tiada aku takut akan kematian
Kerana hidup dan mati sama
Untukku telah ku lalui
Berulang kali
Keindahan tamanmu tiada bermakna
Jika wajahmu tidak ku temui
Biar terlantar di mamah waktu
Aku tetap akan menunggumu
Kasih siapa aku
Aku disisi mu
Ku pakukan kakiku ketanahmu
Biar berdarah menjadi sungai
Agar tak bisa dicabut oleh sesiapa
Yang mahu menghalauku keluar
Siapa aku di sisimu
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.