Lirik Lagu Seorang Dalang Samudera
Dalang tua keletihan dalam dilema
Esok adakah tabuhkan berbunyi lagi
Panggung usangkan berseri atau sepi
Satira warna seri wajah Sita Dewi
Tidak lagi menjanjikan kepuasan
*Budaya ini nazak dan menanti
Terkubur tanpa tanda
Damai Arjuna tak bertarung lagi
Rawana dah terkunci
Bilakah lagi akan dibangkit kembali
Arjuna dan Sita Dewi dari mimpi
Esok yang pasti
Panggung dah tiada lagi
Dalang tua dah menyepi...
Dah menyepi
Dalang tua dalam dilema
Panggung usang semakin sepi
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.