Rakyat Malaysia Memang Kejam!
Sumber gambar : Panoramio |
Aku menulis berkenaan ni sebab aku rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan. Cewah. Tapi ni bukan entri yang menyakitkan hati siapa - siapa. Ni entri tentang aku semata. Semakin bertambah dekad, rakyat Malaysia semakin kejam. Makin tinggi teknologi, makin tinggi idea kekejaman yang dilakukan. Ke aku salah? Kalau salah, sila betulkan kesalahan aku.
Tahukah anda? Kadar pembunuhan di Malaysia semakin mengerikan.
Rakyat Malaysia Memang Kejam!
Aku tak nak lah cerita pasal pembunuhan. Seram. Aku cuma nak cerita pasal situasi dalam tren komuter atau pengangkutan awam. Perasan tak? Selalu je nampak orang tua, mengandung, kena berdiri sebab tak ada tempat duduk. Lepastu orang - orang muda sedang enak duduk. Tak pun orang bercinta laki perempuan tengah bercanda sambil duduk. Orang tua tu perhati je kau. Hahaha.
Rakyat Malaysia memang kejam. Sebab membiarkan orang yang sepatutnya duduk dan berehat, berdiri sampai ke destinasi. Padahal boleh je kalau kita berdiri sekejap. Kita kan orang muda. Tenaga msih kuat kalau kena berdiri satu jam sementara nak sampai ke destinasi. Nak bandingkan dengan orang - orang tua. Mereka tu dah tak upaya. Rakyat Malaysia memang kejap sebab pentingkan diri sendiri.
Perkara Yang Selalu Terjadi
Aku selalu je lalui situasi macam ni. Samaada aku yang tengah duduk lepastu perhatikan kiri dan kanan. Atau aku tengah berdiri tengok siapa yang duduk dan siapa yang berdiri sekali dengan aku. Perkara yang selalu terjadi dekat aku ialah bila aku tengah duduk, lepastu aku nampak orang tua/berumur (orang pregnant jarang nampak) sedang berdiri.
Tindakan aku ialah tengok kiri dan kanan sekali lagi. Lepastu fikir macammana nak panggil pakcik/makcik tu. Aku selalu imaginasi, kalau aku bangun, mungkin orang yang berdekatan aku pun akan duduk tempat aku. Memandangkan dia pun dah lama berdiri. nanti aku panggil makcik/pakcik tu nak suruh duduk, tengok - tengok tempat aku sendiri pun dah tak ada. Aku yang malu.
Selain tu, aku juga terfikirkan kalau aku panggil makcik/pakcik tu duduk tempat aku, dia menolak. Apa aku nak buat? Duduk balik tempat tadi atau terus berdiri?
Selalunya, bila aku ternampak makcik/pakcik tua tengah berdiri aku nak panggil. tapi aku takut. Macam - macam yang aku fikirkan. Sampai laju degup jantung punya malu nak panggil. Takut dilabel acah - acah. Bajet nak menunjuk. Entah lah. Sudahnya aku duduk buat tak tahu. Sebab malu dan rasa bersalah. Tak berani nya nak angkat muka. Takut makcik/pakcik tu terasa. Hmm.
Kejam kan aku? Pentingkan diri sendiri.
Kalau korang, apa pulak korang akan buat?
3 Comments
hehehe,
ReplyDeletekena pandai eye contact kalau jauh,
nk panggil mmg tak le.
kecuali betul2 dia tu x mampu,
peratikn je dia.
nnti kalau letih mesti dia akan pandang kt tmpat dduk.
bagi kita yang muda2 nie..niat dah baik dah dapat pahala kan..kalau kita bangun dan org lain duduk dengan niat kita untuk bagi ruang kepada warga tua dah ok dah..jgn niat je xda tindakan nanti org cakap kita kejam lak walaupun niat kita dah ada..huhuhu
ReplyDeletePosting terbaru AM
Rumah Idaman : Cat Pintu Utama dan Pintu Bilik
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
ejulz ni pemalu nak bagi tempat duduk kat orang.. tapi kalau nampak orang tua @ yg lbh memerlukan berdiri ejulz buat2 pegi tempat lain.. nak pelawa malu.. hehe
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.