Disclaimer | Author | Contact


Monday, July 24, 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER

Mieza S | 7/24/2017 03:42:00 PM | 1Comments |

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER
Nak join? klik banner atau SINI

Kisah Aku bersama BFF 


Aku yakin. Dalam hidup kita membesar dan belajar tentang kehidupan. Dalam kehidupan kita mengenal kawan yang datang dan pergi. Itu biasa. Adat kehidupan kan? Sama juga kalau kita cerita pasal gagal atau berjaya dalam hidup. Orang yang berjaya dan tak pernah gagal adalah orang yang tak pernah belajar apa - apa dari kesilapan. Hidup dia sama setiap masa. Tak ada warna tak ada jatuh bangun. 

Jadi, sepanjang aku hidup ada beberapa orang yang pernah datang dalam hidup dan memberi warna dalam hidup aku. Dalam ramai kawan - kawan aku, aku pilih diorang. Sebab ? Sebab aku pernah buat kerja gila dengan diorang. 

1. Cyra Sanusi
2. Yuyin Azman
3. Izwan (Wan)
4. Tasya

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER
Cyra Sanusi
Aku kenal Cyra sejak sekolah rendah. Aku berkawan sampai sekarang. Cuma masing - masing makin sibuk dengan urusan kehidupan. Antara kerja gila yang aku pernah buat dengan dia masa zaman sekolah menengah. Waktu tu tingkatan 4 kalau tak silap. Lesen motor belum keluar. Konon - konon aku nak ambil sijil PMR kot dekat sekolah lama. Sebab masa tu aku pindah vokasional. Aku dah nangis - nangis nekad. Yela, nak suruh aku tukar sekolah beria. Bila aku nak ambil sijil dekat sekolah lama taknak dan tak ada masa. Hmmm.

Akhirnya Cyra ni offer aku untuk pakai motor kriss bapak dia. Motor takde roadtax/kitorang takde lesen. Dari Shah Alam ke Kuala Selangor. Kau gila tak? Hahahhaa. Masa tu kitorang excident. Aku ni jenis, kalau orang bawak motor aku jadi penumpang memang aku tak konfident langsung. Dia bawak laju sikit, memang aku tegur. Jalan kona - kona macam ular ni memang bahaya tau. Dia bawak laju, aku jerit kat belakang sambil gelak - gelak. Last sekali kitorang terseret dekat bahagian kona lap. HUii. Bangun - bangun terus nak capai motor nak angkat. Tapi kan tengah menggeletar. Ada la abam askar tolong. Tu pun dia duk interview kami. Kami diam jela. Lesen tak de kan.

Nasib takde trailer belakang. Kalau tak, takde la entri mengenang kenangan ni weyh. Sampai sekolah kitorang tukar baju. Aku pakai baju dia, dia pakai baju aku. Sebab ? Aku pakai baju lengan pendek tangan calar banyak. Dia pulak tangan takde calar dan takde darah. Sampai sekolah dengan tangan darah - darah rilek je sembang lepak dengan kawan. Boleh gelak - gelak tunjuk darah yang kitorang baru eksident. Lawak betul. Tu paling aku tak boleh lupa sampai sekarang. Ada lagi lah kitorang jalan berdua naik motor pusing Shah Alam, lesen takde. Sekali tersadai minyak habis lah, motor rosak la. Macam - macam hal. Oh ya, dengan motor yang sama! 

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER
Yuyin Azman
Ni Yuyin. Aku kenal dia masa tingkatan 3 dekat sekolah SMK Seri Tanjong Kuala Selangor. Pernah berdepan, adalah sekali dua. Tu pun tak tahu nama dan borak sangat. Dia ni budak debat. Memang power lah kan. Malas nak cerita pasal dia. Hhahaa. Aku mula rapat dengan dia bila dekat facebook kalau tak silap. Dia ajak aku teman tengok puisi. Sejak dari tu lah, aku dengan dia rapat. Dan sejak dari tu jugak, aku minat dan sukakan puisi. Lepastu aku pulak tarik dia untuk join KBBA. Sekarang dah jadi kawan. Dulu orang luar. 

Kerja gila aku buat dengan dia? Masa tu aku dapat invitation ke Legoland kali kedua. Yang pertama dia tak ikut. Yang kali kedua tu dapat tiket free. Jadi aku ajak lah dia. Kitorang pergi Johor naik keretapi hari sabtu malam. Boleh baca entri legoland dekat SINI. Sampai waktu pagi dalam pukul 8 macam tu lah. Lepak kejap dekat area Legoland sementara tunggu pintu buka. Main lah sampai lebam dalam tu. Semua tak ingat dunia. Hahaha. Petang tu kitorang bertolak balik naik keretapi juga. Sampai Kuala Lumpur Yuyin dengan kawan dia sorang lagi ada exam. Hahhaa. Boleh weyh diorang lepak - lepak. 

Terima kasih lahhhh jadi teman aku g Legoland. Kalau tak, siapa lah nak partner kan kan.

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER
Izwan
Ni Izwan. Aku kenal dia dalam instagram. Dan masih jadi kawan sampai sekarang. Dia ni pun antara yang gila - gila. Sanggup redah panas hujan untuk sesuatu yang awesome. Dalam banyak - banyak kerja gila kitorang buat ni yang paling gila. Tapi tak lah gila sangat. Sebab tak semua orang akan buat benda ni. Sebab banyak buang masa. Kitorang berdua ada satu benda yang kitorang suka. Kitorang suka seni puisi. 

Boleh baca dekat entri ni --> Izwan. Kitorang jalan kaki macam explorace panas - panas sejauh 3-4 km semata - mata nak tengok puisi. Hahah destinasi rehat kitorang dekat shell taman medan. Kalau korang perasan ada satu shell tepi jalan tu kan? Bukan semua orang akan buat benda macam ni tau. 

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER
Tasya
Aku kenal Tasya masa belajar dekat Kolej Komuniti Hulu Langat. Jadi housemate dan roomate. Kelas je tak sama. Tasya ni masa mula - mula tengok muka kerek nak mampos. Suka main jeling - jeling. Kita pun selalu rasa yang kita ni ada buat salah dekat dia. Kan. Padahal takde pun. Sebab hobi dia memang menjeling. Hahahhaa.

Dia ni kawan yang aku kira sanggup susah payah. Pernah sekali tu, kitorang pisang gila dekat rumah sewa. Lepastu keluar cadangan nak lepak KLCC. Sebab aku pernah cakap, teringin nak tengok lampu dekat air pancut tu. Bayangkan budak ni takde lesen motor (tapi reti bawak motor). Dari Saujana (dekat dengan kolej) dia bawak aku ke KTM Kajang. Lepastu dia pusing pulak ambik housemate kitorang lagi satu. Lepastu lepak la KLCC sampai malam. Sama lah waktu balik pun. Dia hantar sorang - sorang. Hahaha.

Beli baju raya pun aku akan ajak dia. Atau kalau nak suruh teman atau nak lepak sama - sama aku akan ajak dia. Dia ni kawan yang sanggup lari - lari, kene hujan panas. Kira sanggup berkorban lah. Orang bodoh je yang akan sia - siakan kawan sebaik dia. Hmm.

--

Itulah antara kisah aku bersama BFF yang pernah wujud dalam hidup aku. Aku pilih diorang sebab aku sangat menghargai kesungguhan diorang kepada aku. Dan diorang tak kisah dengan kekurangan aku. Thanks korang. 
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.