Domino's Lancar Sos ‘Top Secret’ - Mieza S Mieza S: Domino's Lancar Sos ‘Top Secret’

Domino's Lancar Sos ‘Top Secret’

April 30, 2021


Domino's Lancar Sos ‘Top Secret’

Tempoh hari aku berpeluang menikmati rasa sendiri pizza yang didatangkan dengan sos 'top secret' pedas dengan beberapa variasi. mereka yang sangat sukakan pedas, memang berbaloi untuk rasa sendiri pizza terbaru dari domino's ini. aku sendiri sangat sukakannya. 

beberapa gabungan bahan seperti daun pasli kering, dan bawang putih rangup telah menambahkan lagi rasa salutan cili pedas yang terdapat pada pizza tersebut. 


Variasi Pizza Sos 'Top Secret' Pedas

Domino's Lancar Sos ‘Top Secret’

varian Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat yang baharu tersebut ialah Spicy Tuna Temptation, Spicy Vegie Fiesta, Spicy Classified Chicken dan Spicy Chicken Confidential. Untuk pengetahuan semua, Domino’s juga akan memperkenalkan Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings untuk masa yang terhad sahaja.

Pizza Domino's Sos 'Top Secret' boleh didapati dalam saiz Personal, Regular, Large dan Xtra Large di seluruh negara. 

Pastikan korang sempat menikmatinya sebelum ia habis pada masa yang telah ditetapkan. Nanti kempunan tak tahulah. 
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Piza Malaysia & Singapura, Linda Hassan, “Dengan rempah yang enak, Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat adalah versi perisa pedas daripada piza Top Secret Sos popular kami yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia di seluruh negara. Top Secret Sos kami merupakan pilihan yang terlaris dan paling digemari dalam kalangan peminat kami dengan gabungan krim, keju dan bawang putih yang unik dalam empat rasa yang berbeza. Kami memahami kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan pedas, oleh itu kami memperkenalkan piza dan sampingan makanan pedas melalui Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat.”
“Bagi pelanggan yang sinonim dengan piza kami yang dilengkapi dengan sos rahsia, Sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat serba baharu ini akan menjadi alternatif yang lazat daripada pesanan biasa anda. Yakinlah bahawa Spicy Fling dibuat khas dengan kombinasi sempurna perencah cili pedas dan perahan cili yang sesuai untuk setiap citarasa.”

 

Buy 1 Free 2

Pelanggan juga akan diberikan lebih banyak item percuma yang boleh dipilih dengan penghantaran Zero Contact dalam jaminan masa selama 30 minit. beli disini https://www.dominos.com.my/

1 comment:

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.