Disclaimer | Author | Contact


Friday, October 13, 2017

Infaq Jumaat Rohingya - RM20 Untuk 1 Slot

Mieza S | 10/13/2017 02:19:00 PM | 0Comments |

Infaq Jumaat Rohingya - RM20 Untuk 1 Slot

Infaq Jumaat Rohingya - RM20 Untuk 1 Slot


Salam Jumaat, 
Saudara Islam Rohingya kita yang kini tertindas dengan kekejaman tentera Myanmar sudah sampai tahap menggali kubur sendiri setiap hari. Inilah realiti pahit yang perlu kita ambil peduli akan saudara Rohingya di Kem Pelarian Balukhali, Bangladesh.

Korang boleh tonton video menyayat hati ini disini --> Peduli Rohingya

Video ini dirakam sendiri orang sukarelawan kami yang berada di sana untuk memberi gambaran suasana di sana yang cukup daif, serba susah sehinggakan mereka menggali kubur mereka sendiri sebagai persiapan menghadapi kematian setiap hari.

Mereka tiada kemewahan untuk ditunjukkan seperti kita di Malaysia. Setiap hari mereka hanya memikirkan untuk hanya mendapat makanan dan minuman sebagai alas perut sahaja. Itupun tidak mencukupi !

Apa yang paling menyedihkan, kami mendapat laporan anak-anak kecil di kem ini ada yang meninggal dunia akibat dijangkiti penyakit disebabkan kawasan yang kotor, makanan dan minuman yang tidak bersih.

Sudah tiba masanya untuk kita membantu mereka.

Tidak kiralah apa yang sahaja kontroversi yang diuar-uarkan mengenai pelarian Rohingya di negara kita, bantulah mereka atas nama kemanusiaan dan Allah swt.

Infaq Jumaat Rohingya - RM20 Untuk 1 Slot

Hari Jumaat yang mulia ini, kami di Muslim Volunteer Malaysia melancarkan kempen bantuan buat saudara Rohingya iaitu "Misi Anak Muda Peduli Rohingya". Misi ini adalah satu kerjasama bersama sebuah badan NGO, Tangisan Syria Di Bumi Jordan. In sha Allah, sukarelawan kami akan bertolak ke beberapa buah Kem Pelarian Rohingya di pedalaman Bangladesh pada 9 November 2017.

Mengambil tanggungjawab "Kemanusian" kami di Muslim Volunteer Malaysia - MVM membuka peluang kepada mana-mana individu, syarikat, keluarga untuk bersama kami dalam Misi Anak Muda Peduli Rohingya.

Kami buka peluang Infaq untuk anda membantu saudara Rohingya kita di sana.

Sasaran keseluruhan = RM150,000
1 slot infaq = RM20
Sasaran hari Jumaat = 163 slot infaq diperlukan
Cara Sumbangan :

1) Transaksi melalui pindahan ke akaun bank berikut:

➳ Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
➳ CIMB Islamik (8602 5378 07)
➳ Bank Islam (1230 0010 0030 65)
➳ Rujukan: Peduli Rohingya

2) Melalui transaksi online di link :
➳ https://www.billplz.com/pedulirohingya

Tarikh tutup sumbangan : 5 November 2017

Penting !

Selepas sumbangan dibuat, mohon emailkan resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek " PEDULI ROHINGYA"

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.

Maklumat Lanjut bantuan:

Klik sini - https://mvm.org.my/bantuan-kecemasan-misi-anak-muda-peduli-rohingya. Percayalah setiap satu sen yang kita keluarkan untuk bersedekah dan membahagiakan orang lain, Allah swt akan melimpahkan rezeki ke atas kita berlipat kali ganda.

Usahlah takut untuk memberi. Lebih banyak kita memberi, sebenarnya kita menjadi lebih kaya.
Apa yang lebih penting, kita menambah kekayaan di akhirat sana.

Ibnul Qayyim berkata: “Sedekah di hari Jum’aat dibanding dengan sedekah di hari lain adalah seperti sedekah di bulan Ramadhan dibandingkan sedekah di bulan-bulan selainnya”


Seandainya korang belum berkesempatan untuk bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan "SHARE" kempen ini dengan sahabat dan keluarga terdekat agar lebih ramai yang tahu dan dapat membantu.

Kami doakan yang membaca ini sentiasa sihat, bahagia dan dilimpahi rezeki yang banyak daripadaNya.

Hubungi kami :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434

Ikuti update terkini di lama sosial MVM :


** from emel 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.