Disclaimer | Author | Contact


Monday, September 4, 2017

LANAFIRA | Butik Muslimah di Atas Talian

Mieza S | 9/04/2017 11:23:00 PM | 0Comments |

Lanafira Sebuah Butik Muslimah di Atas Talian

LANAFIRA | Butik Muslimah di Atas Talian

Kalau semalam aku sibuk berkongsi cerita pasal rutin penjagaan muka , harini mood nak cerita pasal butik online yang menyediakan pakaian muslimah. Yeay! Gaji lagi beberapa hari je ni. Boleh lah beli sepasang dua. Kalau selesa, boleh beli lagi untuk bulan depan dan bulan - bulan seterusnya. Koleksi baju pergi kerja pun macam dah berkurang. Setiap minggu ulang baju sama. 

Antara koleksi pakaian muslimah yang tersedia di laman web ini ialah kebaya, long dress, dan modern peplum. Apamacam? Sekarang pun memang tengah trending muslimah pakai long dress. Kebaya pulak orang pakai waktu beraya. Memang fesyen ni tengah laris dekat Malaysia. Kalau korang perasan lah. Aku perasan je. Sebab suka stalk ig perempuan - perempuan yang suka kan fesyen dan mahu kelihatan cantik sentiasa. Tapi, jangan takutlah. Aku stalk je, tak buat benda mengarut pun. Okay? 

Butik Online Muslimah LANAFIRA

LANAFIRA | Butik Muslimah di Atas Talian

Apa yang istimewanya tentang butik online muslimah LANAFIRA ni ialah, mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan kehendak pelanggan. Warna - warna yang dipilih pun memikat hati dan memenuhi citarasa semua. Korang yang rasa macam nak berfesyen ala - ala muslimah dan menutup aurat boleh jenguk - jenguk LANAFIRA ya. Tak rugi. Rambang mata lagi. Uiiii. Jangan sampai dah berkenan, stock habis pulak. Menangis dekat bucu katil awak oi. 


Alana Kebaya (Kebaya Moden)

LANAFIRA | Butik Muslimah di Atas Talian

Lawa kan design kebaya moden ni? Gabungan dua warna. Harganya cuma RM140 dan free postage. Paling best, mesra wuduk. Memang sekarang semua orang suka cari baju yang mesra wuduk kan? Senang nak solat. Takde lah basah - basah. Saiz bermula dari S sehingga XL. 


Long Dress (Melissa, Myra, Pucci, Sara)

LANAFIRA | Butik Muslimah di Atas Talian
Melissa Long Dress

Long Dress dekat LANAFIRA ni terbahagi kepada empat jenis. Jadi, korang memang boleh pilih mana - mana jenis long dress yang berkenan dengan gaya korang sendiri. Yang dekat atas tu ialah Melissa Long Dress. Amacam? Ayu kan? Warna pun pastel je. Nampak kelembutan dekat situ. Kelebihan Melissa ni, mesra wuduk, bf friendly (sesuai untuk ibu - ibu), kain tak jarang, tak panas. Harga pun sama RM140 termasuk postage. Kalau nak tengok long dress yang lain cuba korang usha sini --> long dress LANAFIRA

Modern Puplum

LANAFIRA | Butik Muslimah di Atas Talian
Modern Puplum
Kalau nak tengok banyak lagi pilihan pakaian muslimah lain yang cantik - cantik, boleh layari info yang disediakan di bawah. Tak payah susah payah nak ke butik semata - mata nak beli baju. Beli je dekat butik online LANAFIRA. Jimat minyak, masa dan tenaga. 

Info Lanjut LANAFIRA
Laman web : www.lanafira.com/
Facebook : Lanafira Official
Instagram : @lanafiraofficial/

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.