Thursday, July 28, 2016

Pink Party Bersama Althea Turns1

Mieza S | 7/28/2016 10:59:00 PM | 1Comments |

Pinky Party Bersama Althea Turns1


Pink Party Bersama Althea Turns1

Masih terngiang - ngiang warna merah jambu yang hiruk pikuk menghias majlis. Masih terasa rambu - ramba bulatan belon yang memenuhi majlis. Masih teringat gadis - gadis manis merah jambu yang menyesakkan majlis. Ah! Maish teringat lagi. Merah jambu masih terlekat dalam ingatan sampai bawa - bawa dalam mimpi walau tak indah. Terkilan kecil sebab tak tegur semua. Heee. Harap dapat bertentang mata dan berbual panjang bertukar idea. 

Pink Party Bersama Althea Turns1

Aku sebenarnya dapat jemputan Pink Party bersama Althea Turn 1. Akhirnya bertambah umur nya pada angkat satu untuk terus mengorak langkah melebar sayap pada semua. Aku dipilih atas alasan ucapan kretif, kot. Tak pasti. Tapi nasib menyebelahi aku. Dapat aku sama - sama menikmati merah jambu bersama gadis - gadis manis. Terima kasih #altheaturn1 . 

Pink Party Bersama Althea Turns1

Semestinya majlis merah jambu dimeriahkan dengan best dressed. Seramai tiga orang pemenang dipilih berdasarkan kriteria baju yang menarik. Temanya ialah merah jambu dan korea. hehehe. Aku dah out dulu. Memang bukan jenis nak hipster ke korea ke apa ke. Baju pun pinjam sahaja. Semenjak besar ni dah jarang sangat beli dan pakai baju warna merah jambu. Mungkin sebab tak jumpa yang berkenan. Banyak baju warna gelap je. Dah lah gelap, tambah lagi gelap. Haish. Nasib lah dapat pergi pink party ni. Dapat aku mengimbau masa zaman kecik - kecik dulu. Suka warna merah jambu. 

Pink Party Bersama Althea Turns1

Pink Party Bersama Althea Turns1

Tadaaa. Memang sudah satu kemestian kan kalau pergi event mesti akan ada photobooth yang tak mungkin lah akan dilepaskan. Sekarang kan memang semua oranga da hobi yang sama. Suka ambil gambar dan selfie. Tengok ni. Cantik kan. Semua warna merah jambu. Masing - masing nak bergambar dekat photobooth sebab tak nak lepaskan peluang jadi comel dan beraksi dengan kamera. Aku dengan Yuyin jadi orang pertama bergambar dekat photobooth. Takut ramai orang. Lepas tu beratur lagi sekali nak bergambar. Sampai rasa penat baru berhenti. Kesian orang lain. Kena tunggu giliran. Asik muka kitorang je. 

Pink Party Bersama Althea Turns1

Ni baru sejambak belon. Ada banyak lagi berjambak belon merah jambu yang duduk merata atas lantai. Sampai malu nak lalu. Takut belon pecah. Tapi memang di akhir majlis tu banyak belon merah jambu yang pecah. Kesian tau. Nak tahu sebab apa? Sebab ada lucky draw! Ada beberapa jenis hadiah yang ditawarkan. Dari saiz kecil sampai lah ke besar. Paling penting semua orang akan dapat. Cuma nasib dapat kecil atau besar. Nampak gaya, aku tak dapat tuah pada lucky draw. Sebab aku dapat ni je. 

Tadaaaaaaaa.

Pink Party Bersama Althea Turns1

Pink Party Bersama Althea Turns1

Walau pun kecil tapi tetap comel. Paling penting merah jambu! Comel kan? Korang nak? Boleh dapatkan di laman web Althea. Ada macam - macam lagi produk penjagaan muka yang comel. Boleh tengok sendiri. Mesti rambang mata. Ada banyak diskaun. cepat - cepat shopping, sebelum diskaun semua tamat! 

Pink Party Bersama Althea Turns1

Pink Party Bersama Althea Turns1

Dekat sana, disediakan aneka pilihan dessert. Sampai sayang nak makan. Semua nya comel - comel. Antara makanan yang hot di Pink Party Bersama Althea Turns1 adalah BINGSU. Aku pun tak tahu apa tah bingsu tu. Nama pelik je. Dengar - dengar bingsu tu macam ABC dan merupakan makanan korea. Masa diorang susun topping, memang nampak sebiji macam ABC. Tapi kan. Ais yang dikisar macam sesuatu. Maksud aku tak sama macam ABC. Dia macam bentuk hirisan. tapi tak tahu lah kalau ada macam jenis kan? Cuma yang dihidang masa tu hanya itu. Didatangkan dengan empat jenis perisa (masa itu). Ada strawberrry, coklat, green tea dan mango. Aku dapat rasa perisa strawberry je. Sebab diorang tak kisar semua. Diorang kisar satu - satu. Jadi nasib lah siapa yang dapat perisa apa. Sedap juga. Rasa masam - masam. Mungkin sebab strawberry kot. Lepastu tambah topping. Memang dah lama tak makan ABC. Kebetulan dapat pula merasa bingsu ni. Memang terbaik! 

Pink Party Bersama Althea Turns1

Terjumpa Mama Julia di Pink Party Bersama Althea Turns1. Ingat tak jumpa geng. Sekali dah sampai sana, dapat pula main mata. Makin hari tengok Mama Julia ni makin cantik. Mungkin sebab sabun ephyra yang dipakai beliau. Makin berseri - seri, makin cantik. Serius. Tu bila terpandang Mama Julia rasa macam nak pandang lama - lama tak nak lepas. Tapi karang orang fikir apa pulak. Hehehe. Mama Julia memang comel. Tudung biru dengan tompok bunga merah jambu. Kelas gitu. Rasanya kali pertama dan kali terakhir kenal Mama Julia adalah di majlis Kbba Bloggers Day Out. Memang sampai bila - bila tak boleh lupa lah. Alkisahnya main paintball. Mama Julia yang jaga aku. Sudahnya, semua tinggal. Tengok - tengok padang dah kosong. Boleh diorang tak ingat kitorang. Yang kitorang ni punya lah menyorok tak nak kalah. Bila teringat balik, itu lah. Masa main paintball tu kenal Mama Julia. Friendly sangat :) 

Pink Party Bersama Althea Turns1

Ini Yuyin. Kenal masa sekolah. Tapi tak pernah tengur. Mungkin jodoh Tuhan atur dah cukup manis. Aku kenal dia. Sekarang ni pergi mana - mana dengan dia je. Sebab dia jenis tak kisah berjalan jauh. Sama macam aku. Walaupun masih baru, tapi macam dah banyak sangat kenangan dengan budak ni. Terima kasih Yuyin sebab jadi partner di Pink Party Bersama Althea Turns1. Lepasni teman aku lagi pergi mana - mana. 

Pink Party Bersama Althea Turns1

Ini Kak Nanie. Kira memang baru kenal. Seronok kenal dengan akak ni. walaupun kenal sekejap macam - macam tips jugak lah dia kongsi dekat aku dengan Yuyin. Semuanya pasal blog. Insyaallah lepas ni dapat jumpa lagi dan berbual panjang. 

Pink Party Bersama Althea Turns1
Bergambar kenangan bersama gadis manis <3
 Itu lah antara gambar sepanjang aku di Pink Party Bersama Althea Turns1. Seronok tak tahu nak cakap. Dapat tambah bilangan kawan dan ilmu bermanfaat. Oh, lupa nak bagitahu. Semua yang hadir di Pink Party Bersama Althea Turns1 sangat bertuah. Sebab dapat rewards 150 di akaun Althea masing - masing. Masa tu juga kitorang shopping barangan Althea. Nak tahu apa yang aku beli? Tunggu entri seterusnya. Jangan tak sabar pula. Jangan skip tau. Aku nak jeles kan korang. *Jahat. 


Terima kasih semua.



Pesta Buku Selangor 2016 di SACC Mall

Mieza S | 7/28/2016 10:01:00 PM | 0Comments |

Pesta Buku Selangor 2106 di SACC Mall

Kawan aku baru balik dari Ukay Perdana ajak lepak. Sebab kan dah lama sangat tak jumpa, kitorang bercadang nak karoke. Dua jam tau. Sampai sakit tekak sebab perit menjerit lagu tinggi. Ziana Zain, Haida. Hhaha. Dua jam macam setengah jam. Sekejap sangat dah habis. Nak tambah masa macam malas. 


Pesta Buku Selangor 2016 di SACC Mall

Tengok aku pergi mana? Pesta Buku Selangor 2016 di SACC Mall. Rasanya macam dekat sejam ke dua jam juga aku pusing - pusing situ. Jenis yang suka membaca dan memang jenis memilih akan membuat dua sehingga tiga pusingan untuk pastikan buku yang betul - betul nak dibeli. Takut menyesal tak sudah. Sudahnya tak dibaca dan terbiar. Korang pergilah, banyak buku best! Buku lama pun ada. Aku rembat tiga buah je. Duit tak berapa nak menimbun. Hehehe. Okay lah tu. Asalkan dapat reward kecil - kecilan untuk diri sendiri. 


Pesta Buku Selangor 2016 di SACC Mall

Bagi aku, pesta buku baik negeri atau antarabangsa tiada apa pun yang beza. Tiada jualan runtuh yang memang gila - gila. Biasa 3 buah RM50. Sama je kalau kau beli dekat event terbuka. Ada yang berpendapat buang masa. Kan? Bagi aku memang betul. Tapi bukan semua. Dekat pesta buku macam ni lah kau dapat jumpa buku yang tiada/jarang jual di tempat lain. Maksud aku di pesta buku sahaja. Mungkin. Atau pun memang ada sesetengah buku yang memang murah gila. Tapi nak jumpa agak susah. Sebab tu kena pandai cari. Hehehe. Biar penat asal berbaloi. 

Pesta Buku Selangor 2016 di SACC Mall

Jom ramai - ramai. Ajak kawan - kawan borong buku. Mana tahu murah rezeki menang cabutan bertuah. Semoga yang baca ni semua murah rezeki :) Jom semua pergi Pesta Buku Selangor 2016 di SACC Mall.

Pesta Buku Selangor 2016 di SACC Mall





Monday, July 25, 2016

MB: Saya ‘Selangor Official 1’ bukan ‘Malaysia Official 1’

Mieza S | 7/25/2016 10:00:00 PM | 1Comments |

 MB: Saya ‘Selangor Official 1’ bukan ‘Malaysia Official 1’


 MB: Saya ‘Selangor Official 1’ bukan ‘Malaysia Official 1’
Kredit gambar : Grafik Rebel

Masa tengah scroll dashboard, ternampak satu entri yang menarik perhatian aku. Aku nak baca. Aku klik lah. Tapi lepastu. Sedih je tak dapat baca. Sebab tajuk dia macam tengah trending dekat twitter. 


 MB: Saya ‘Selangor Official 1’ bukan ‘Malaysia Official 1’

R.I.P. Rakyat Marhaen. Kahkah. Baru harini tergerak hati nak bukak blog ni. Kalau tak, memang aku tak bukak. Malas nak baca. Bersepah - sepah cerita pasal politik. Baik di laman web, facebook twitter. Akhirnya aku buat carian di google dan aku jumpa ni.  MB: Saya ‘Selangor Official 1’ bukan ‘Malaysia Official 1’. Pastinya tulisan yang sama. Di copy dan paste. Hhahaha. 

Kenapa nak kena block laman sesawang yang menceritakan pasal politik? Lebih - lebih lagi pada yang suka cerita keburukan sahaja? Laman sesawang porno ada banyak. Rileks je tak pernah block. Kalau nak block, elok block yang tu. Bagi tahu je. 



Pertama Kali Shopping di CJ Wow Shop

Mieza S | 7/25/2016 08:54:00 PM | 3Comments |

Pertama Kali Shopping CJ Wow Shop



Aku rasa ini merupakan pengalaman pertama aku, eh bukan aku. Tapi emak aku membeli barangan dari CJ Wow Shop. CJ Wow Shop merupakan rangkaian membeli-belah di rumah inovatif yang menyatukan televisyen, platform-platform dalam talian dan mudah alih. Iklan ni muncul di televisyen. Sejurus selepas iklan disiarkan, emak aku terus suruh telefon. Katanya berkenan dengan barangan yang ditunjuk pada ketika iklan sedang bersiaran. 

Royal 8 in 1 Multi Cabinet

Kebetulan aku memang pernah cakap, nak beli almari baju. Sebelum ni aku pakai drawer je. Ada 4 tingkat. Dah terlalu lama aku pakai. Walaupun masih elok, tapi selalu tak muat. Pakaian makin bertambah. Aku perlukan almari yang lebih besar untuk memuatkan semua pakaian - pakaian aku. Tu lepas mak nampak iklan CJ Wow Shop pantas terus telefon. Memang CJ Wow Shop ni menipu! Aku telefon mesin je jawab. Lebih sepuluh kali kot.

Tak la. Bukan menipu sebenarnya. Mungkin dalam satu masa yang sama, banyak panggilan masuk. Mungkin panggilan aku tak dapat nak tembus. Makanya hanya mesin je yang jawab panggilan aku. Dengan hanya RM149 aku boleh dapatkan dua buah almari. Kenapa aku tak beli? Mesti lah kena beli. Boleh jimat duit. Beli dua almari hanya dengan satu harga!

Dan lagi satu, best gila bila barang tu cuma ambil masa dalam dua hari untuk sampai rumah. Tak adalah nak kena tahan eksited. 


Pertama Kali Shopping di CJ Wow Shop

Tadaaa. Sekejap je pasang. Aku sorang je, tak ada siapa - siapa yang tolong. Nak pasang pun senang sangat. Boleh susun ikut apa yang kita nak. Kalau dah bosan dengan susunan tu, boleh tukar susunan lain pula. Tapi, masa tengah pasang tu aku kejar masa. Tak sempat nak main telefon. Gambar pun tak ada. Kalau aku rajin aku kongsikan lah gambarnya. Tapi memang besaar. Setinggi aku, hehehe. Okay lah tu je nak bagitahu. 






Sunday, July 24, 2016

Button Follow Terbaru diBlog Tak Boleh guna

Mieza S | 7/24/2016 10:00:00 PM | 3Comments |

Button Follow Terbaru diblog Tak Boleh guna

Button Follow Terbaru diBlog Tak Boleh guna

Seperti semua sedia maklum, beberapa bulan yang lepas ramai yang update pasal button di blog sudah ada button unfollow. Button unfollow hanya akan wujud apabila blog tersebut sudah di follow sebelum ni. 

Ternyata aku ada satu masalah. Aku tak pasti, sama ada hanya aku atau semua orang mengalami benda yang sama? Mungkin ya mungkin tak. Korang jadi juga ke macam aku? Setiap kali aku nak follow blog, mesti akan keluar paparan macam dalam gambar di atas. Dia cakap clear your browser's cache and cookies. Aku dah buat. tapi masih juga jadi benda yang sama. Apa masalahnya?

Selain guna browser biasa, aku juga pakai incognito window. Masih juga jadi benda yang sama. Geram nya aku. Sekarang aku dah tak boleh nak follow sesiapa! Siapa boleh tolong aku selesaikan masalah rumit ni.?? 

Harini Seronok Kenal Ramai Orang

Mieza S | 7/24/2016 09:00:00 PM | 1Comments |

Harini Seronok Kenal Ramai Orang


Harini Seronok Kenal Ramai Orang

Hai. Aku baru je balik dari #altheaturns1, Birthday Pinky Party! Yohooo. Kenal ramai orang. Semua tak sombong tau. Friendly je. Semua ajak sembang macam dah kenal. Walaupun tak sempat nak tegur semua orang. Dua (2) jam tu sekejap sangat. Tu sampai tak sempat nak berbual dengan semua orang. Tapi, alhamdulillah sebab dipilih Althea Malaysia untuk sama - sama menyertai pinky party yang memang best dan seronok gile. Esok aku update gambar k? Tunggu tau. Jangan jeles! Siap ada surprise! Woooooo.  

Banyak gambar aku nak tunjuk dan nak korang semua tengok! Bye ~ dan selamat bermimpi. 

Birthday Giveaway By Alia

Mieza S | 7/24/2016 08:16:00 PM | 3Comments |

Birthday Giveaway By Alia



Saturday, July 23, 2016

Aku Pernah Benci Dia, Dulu

Mieza S | 7/23/2016 07:07:00 PM | 3Comments |

Aku Pernah Benci Dia, Dulu


Aku Pernah Benci Dia, Dulu

Aku pernah benci dia, dulu. Tanpa sebab yang kukuh hanya dengar cakap - cakap orang. Terus aku benam dalam - dalam. Sampai aku percaya dan yakin. Dia memang harus dibenci, dan satu keperluan untuk benci dia. Aku tak faham dan tak tahu kenapa aku buat semua tu. Jahat sangat ke dia? Dia tak jahat tapi aku percaya cakap orang. Pernah sekali tu waktu tu aku memang tak suka dengan dia. Langsung tak suka --

Dengar pulak lagi orang tokok tambah untuk bercambah benci. Kata orang dia suka block orang yang cuba - cuba bagi nasihat dekat instagram. Katanya dia tak boleh terima pakai apa orang cakap dan dia sentiasa betul. Aku pun semenjak tu rajin singgah akaun dia, sebab semata nak baca komen - komen nokrom dari masyarakat yang suka sangat jaga tepi kain orang. Ramai yang mengiyekan tentang dia : jahat. Sampai satu tahap tu, memang serius aku menyampah gila dengar lagu Arjuna Beta. Meluat tiba - tiba -- Aku tak tahu mana datang benci ni. 

Dan pernah sekali tu, kawan aku ajak pergi event puisi di Rumah Pena. Dia ada, sekeluarga (termasuk Tri dan Juna) dengan serba hitam. Dia bawak Juna yang memang tak mahu dengan orang sekeliling. Masa Tri naik atas stage, Juna naik atas. Dia ni berlari - lari seronok nak ambil Juna. Ada setan yang datang hembus kebencian. Katanya dia gedik!

Fuck gila rasa masa tu. Aku bukan kenal dia pun. Aku kenal dia lepas lagu Arjuna Beta meletup - letup. Jadi, kenapa lah aku benci dia sangat? Seolah - olah macam dia ni dekat dengan aku dan pernah kawan dengan aku. Aku buntu gila. Dari situ aku rajin godek youtube, tengok video - video puisi dari mereka yang pernah baca puisi di Rumah Pena. Dan aku semakin dekat dengan puisi -- 

Permulaan dari kebencian yang wujud meluap - luap tu, buat aku selongkar semua. Aku cari siapa Fynn Jamal. Habis youtube, google, blog semua aku baca pasal Fynn Jamal. Aku nak tahu siapa Fynn Jamal. Dari dia masa mula - mula, sampai sekarang tutup semua. Aku puas. Walau bukan seluruhnya aku kenal Fynn, tapi aku tahu Fynn bagaimana. 

Dan aku beransur - ansur makin sayang. Sayang tulisannya, sayang suaranya, sayang orangnya. Perlahan aku hakis benci. Biarlah Fynn tak kenal aku. Macammana dia boleh berubah macam tu sebab Mizz Nina. Macam tu jugak aku letak dia untuk aku. Dan moga - moga suatu nanti aku macam dia. Tutup semua dengan redha dan ikhlas. Bukan sebab dia, tapi sebab Tuhan.

Aku Pernah Benci Dia, Dulu

Kau nampak majalah hijabista di atas ni? Itu edisi bulan Mei kalau tak silap aku. Aku dapat dari freegift. Ada kisah Fynn. Aku rasa ni pertama kali aku baca kisah Fynn dalam majalah. Mungkin sebab aku bukan jenis yang suka baca majalah. Untuk setiap inci tulisan yang ada pada kisah Fynn, aku makin boleh terima apa adanya Fynn. 

Mungkin Tuhan wujudkan dia untuk jadi sesuatu kepada sesuatu. Mungkin sebab tu ramai orang tak suka dia. Aku tak pernah kenal Fynn. Tapi aku dapat rasa, Fynn masih sama macam dulu sebelum orang kenal. Cuma dia makin menutup aurat, dan makin cantik. Aku makin menyintai semua tulisan puisinya. Aku rasa tak sah kalau aku tak cari dia dalam youtube. Itu je buat aku rasa dekat. Untuk aku tebus semula apa salah - salah aku yang pernah cambah benci pada dia dulu. Selainnya menyokong segala yang dia buat.

Ya. Aku pernah benci dia, dulu --

Sekarang aku makin perlu.
Makin aku mahu dia ada.
Untuk buat aku tertidur.
Dengan kata puisinya.
Agar malam nanti.
Aku bermimpi.
Segala yang aku mahu.



Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler

Mieza S | 7/23/2016 12:02:00 PM | 4Comments |

Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler



Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh

Mieza S | 7/23/2016 11:57:00 AM | 6Comments |

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh



Friday, July 22, 2016

Video Pembakar Semangat

Mieza S | 7/22/2016 09:00:00 PM | 0Comments |

Dia Menyedarkan Kita Semua



Tengahari tadi, masa aku tengah ada mood nak tengok youtube. Ada satu video ni buat aku tertarik nak tengok. Aku tak tahu kenapa. Tapi, aku ada semangat. Jom tengok. Ada dekat bawah ni. 

Bagi aku video ni luar biasa. Video ni buat aku tambah semangat untuk hari - hari esok. Kau jangan lah pulak fikir tentang rutin mekap yang dia tengah buat. Aku bukan nak cerita pasal tu, aku cuma nak cerita pasal keadaan dia je. Kau bayangkan, dia boleh buat/jadi vlogger dalam keadaan dia macam tu. faham kan maksud aku. Kalau dekat Malaysia mesti dah kena kecam. Lima juta views kot. Hebat sangat. Walaupun ramai yang dislike video tu. Mungkin atas sebab dia bukan model kot lah.
Waktu aku cari maklumat tentang siapa dia, aku terjumpa entri ni. Ia adalah penulisan dari entri seorang penulis dari seberang.
Wanita Terjelek Di Dunia Yang Kini Jadi Motivator
Lizzie Velasquez Bangkit Setelah Dihina Sebagai Gadis Terjelek Di Dunia
 
Wah! Motivator. Hebat sangat. Mungkin dia dah penat sangat rasa dihina, lepastu bangkit untuk buktikan dia bukan lah hina sangat macam apa yang disangka sekalian masyarakat. Dia juga dah terbitkan beberapa buah buku. Daripada pembacaan aku  mengenai Lizzie Velasquez, mata sebelah dia buta. Sebab dah diselaputi selaput putih masa umur 4 tahun. 





Cerita pasal Lizzie Velaquez adalah cerita lama. Aku je yang baru jumpa dan kenal. Dia inspirasi pada dunia. Siapa dan apa pun kita saat dilahirkan, kita punya banyak laluan untuk jadi lebih berjaya dan hebat untuk buktikan siapa kita pada manusia sekeliling. Kita bukan lah apa yang difikirkan masyarakat. Sebab kita adalah lebih baik dari apa yang dilihat mereka. Semoga kita akan lebih berjaya dan mampu meniti titian hidup dengan sempurna untuk mengecap jaya :) 


FKD Open Day Ditunda!

Mieza S | 7/22/2016 08:10:00 PM | 0Comments |

FKD Open Day Ditunda!






Tuesday, July 19, 2016

Tonton Pujaan Hati Umi Full Episod

Mieza S | 7/19/2016 09:55:00 PM | 0Comments |

Tonton Pujaan Hati Umi Full Episod



Tajuk: Pujaan Hati Umi
Channel : TV9
 Jumlah Episode : 20
 Lagu Tema : Kau Biarkan - Faye Kusairi
 Barisan Pelakon : Wan Maimunah, Faye Kusairi, Syaffiq Sahli, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Tahla Harith dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi

Tonton Pujaan Hati Umi Full Episod

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20


Download Pujaan Hati Umi Full Episod

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Pujaan Hati Umi

Mieza S | 7/19/2016 09:00:00 PM | 0Comments |

Sinopsis Pujaan Hati Umi 


Sinopsis Pujaan Hati Umi


Mengisahkan Umi (Wan Maimunah) seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syafiq Sahli), dan Reza (Talha Harith). Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung.

 Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya lengkap dengan kehadiran menantunya Osman (Haeryanto Hasan) iaitu suami Raziah dan Safiya (Sasqiah Dahuri) isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir (Darren Zariff) dan Ezra (Syasya Afiqah).

 Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi.

 Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan acara pernikahannya di saat akhir.

 Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita (Faye Kusairi).

 Umi menyambut berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita punya agendanya tersendiri.

Tonton Drama Pujaan Hati Umi

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

Mieza S | 7/19/2016 06:43:00 PM | 4Comments |

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak



Rumah Api Terbakar

Mieza S | 7/19/2016 06:42:00 PM | 0Comments |

Rumah Api Terbakar

Rumah Api Terbakar

Tengah scroll newfeed ternampak Buku Jalanan share berita Rumah Api Terbakar. Hmm, terkejut jugak. Lepastu tiba - tiba macam nak jadi ditektif. Bukan nak menyelesaikan masalah. tapi sekadar nak menunjuk jari siapa yang bersalah. Maksud aku, daripada gambar ni rasa macam ada orang sabotaj. Kan? Conan pernah ajar aku dalam cerita cartoon dia. Huhuhu. Apa pun #solidaritirumahapi . Daripada komen - komen yang terdapat di facebook. ada yang kata si polan si polan. Aku tiada disitu. Ini je aku mampu. Share berita Rumah Api Terbakar dalam blog aku. Mungkin sumbangan - sumbangan kecil juga boleh dibuat bagi pihak aku jika tidak keberatan, insyaallah.

Rumah Api Terbakar

Rumah Api Terbakar

Rumah Api Terbakar

Rumah Api Terbakar


Rumah Api Terbakar

Rumah Api Terbakar

Sejam yang lepas sebelum entri ini ditulis, Man Beranak memuat naik status di bawah :

'Terima kasih untuk sumbangan. Hari ini berjaya terkumpul rm550 untuk fix Rumah Api yang costing rm5-6k' - Man Beranak

Pada sesiapa yang reti wiring sila contact dengan Man Beranak terus. Atau pada sesiapa yang nak membuat sumbangan dan menghulurkan bantuan untuk Rumah Api juga boleh bank in kan kepada :

Yazman Bin Yahya
Maybank 
1620 4904 6957

SEGMEN VVIP ( 13.07.2016 - 29.07.2016) BY AZLAN RUMADI

Mieza S | 7/19/2016 06:09:00 PM | 2Comments |

SEGMEN VVIP ( 13.07.2016 - 29.07.2016) BY AZLAN RUMADI



Join Bloglist August AinulAqma

Mieza S | 7/19/2016 06:06:00 PM | 1Comments |

1. Follow blog AinulAqma

2. Click this link to join BLOGLIST AUGUST AINUL AQMA


Thank you in advance for joining darlingsss! You all rawks! :D


© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.