Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Masalah terbesar orang perempuan ialah tudung. Kalau nak keluar berjalan, mesti ambil masa dua (2) hingga tiga (3) jam yang diperuntukan hanya untuk mekap dan tudung. Bukan engkau sorang je yang mengalami masalah kecil yang dibesar - besarkan ni. Yang namanya perempuan memang bermasalah. Dah lah berhabis masa untuk dua (2) benda tu, lepastu dalam sekelip mata je tudung tu dirosakkan atau senang cerita kelihatan comot bila kau mahu berdepan dengan cermin atau manusia. Perasaan? Malu. Kemudian rasa keyakinan diri tiada. Semua ni jadi tiba - tiba. 

Lebih - lebih lagi bila kau seorang pelajar. Dimana ketika itu, kau dikehendaki melakukan persembahan projek di hadapan ramai orang. Dalam keadaan takut dan gabra. Kemudian tudung buat hal. Aku rasa, mahu perasaan semua tu bercampur gaul dan menjadi kan kau seorang perempuan yang tiba - tiba dilanda haid. Padahal tak haid pun. Tapi perasaan tadi tu dah bercampur gaul. 

Itu baru tudung. Belum cerita pasal pin. Hmm. Ni malas nak cerita. Tapi nak cerita jugak. Selalu kalau pin tudung ni, aku pesan dekat emak. Kalau nak beli barang dapur alang - alang belikan pin tudung sekali. Emak aku beli lah yang sepapan bentuk sama warna lain tu. Lepastu sampai rumah bahagi sama rata antara emak, aku dan adik. Tak sampai sebulan. Lenyap. Tak tahu lah apa masalah pin tu. Macam ada kaki. 

Aku dah memang yakin aku letak pin dekat situ, esok tengok dah takda. Yakin juga memang tak ada orang ambil. Tapi entahlah. Seolah - olah salah aku, mungkin salah letak atau aku pelupa kot. Tak pasti. Pin mahal ke murah ke sama je semua. Yang murah pun bermasalah jugak. Kadang - kadang bila dah mengantuk sangat tahap gaban mesti menguap. Bukak mulut sikit je kot, pin jatuh. Geram je. Lepastu cari hilang. Ghaib tiba - tiba. 

Semua masalah yang aku cakap tadi, bermula dari tudung sampailah ke pin, sampai ke menguap akan jadi satu masalah besar bila benda tu datang masa raya! Kenapa? Aku selalu kena marah sebab paling lambat bersiap. Lepastu mula lah nak kecil hati, lepastu nangis! Aku cengeng -- Nak buat macam mana kan?

Tapi, aku rasa sekarang dah tak perlu nak risau lagi. Sebab JenyCrowns dah pun memudahkan aku, engkau, dia, dan kita semua dengan permasalahan kecil yang selalu dibesar - besarkan. Semuanya tentang butang. Kau pernah dengar shawl guna butang? Mesti tak pernah. Sebab aku pun tak pernah dengar malahan rasa pelik. Apa shawl pakai butang nya?. Mesti kelakar gila (baca: manusia suka berimaginasi memang macam ni). Jadi, shawl JenyCrowns ni dicipta khas untuk memudahkan perempuan bersiap tanpa membuang masa yang lama. Malahan menjimat kan duit. Tak payah beli pin berulang kali. Memang pilihan tepat! Shawl guna butang je. 



Shawl Guna Butang
Nampak tak ada tiga (3) butang dekat tepi tu?
Pilih je mana nak berdasarkan saiz muka.
Dah tak perlu risau pasal pin hilang lagi!





Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang

Shawl Guna Butang


Tutorial pakai Shawl guna Butang. 


Cantik dan mudah. Aku fikir pin je. Ni pun pin yang aku beli haritu tak cukup dua belas (12) biji! Aku rasa macam dah jatuh cinta pula dengan shawl guna butang dari JenyCrowns ni. Lagi - lagi yang warna Rosybrown dengan Peachfull. Mesti beli dan cuba satu (1). Murah je. Cuma tiga puluh (30) ringgit Malaysia je - RM30. Butik pun dekat je dengan rumah. Alang - alang boleh shopping buku sekali! 


Nak juga? Kau usha dekat sini : 

Facebook : JenyCrowns
Instagram : JenyCrowns
No telefon :  011-36615877
Alamat ( Butik Sarradyya) : 
E-21-G, Jln Serai Wangi M16/M,
Alam Avenue 2, Seksyen 16,
40200 Shah Alam, Selangor.

Post a Comment

1 Comments

  1. nice. lagi senang kan :)
    macam tudung keknis tu. dia letak butang juga :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.