Thursday, July 30, 2015

Perjuangan Baru Bermula

Mieza S | 7/30/2015 09:25:00 AM | 3Comments |
 
 
Perjuangan Baru Bermula
 
Perjuangan Baru Bermula | Assalamualaikum. Harap harini lebih baik dan lebih indah dari semalam. Semalam kesedihan yang aku alami dah membawa aku ke satu arena yang lama aku impikan. Tentang kekuatan jiwa bila menghabiskan penulisan yang tersangat panjang dan lama. Tak sangka, ada perubahan. Mungkin lepas ni aku kena lebih kukuhkan jiwa. Jangan cepat mengalah. Jangan cepat sangat putus asa.
 

Perjuangan Baru Bermula
 
 
Dear AFS :  Aku nak kau tahu, apa yang kau cakap dekat aku pasal aku cerita buruk kau dekat dia tu memang salah. Demi Allah aku tak pernah langsung cerita siapa kau dekat dia. Aku cuma mintak tolong dia add kau. Aku cuma bagitau kau kawan aku. Dia pun tak tanya aku banyak soalan. Aku pun tak tatau mana dia dapat idea cakap pasal jahat2. Dah kau pulak terasa. Tuhan lebih tahu, bukan kau. Tapi aku tahu, kau memang dah aim aku dengan kesalahan - kesalahan bangang aku. Jadi benda tu boleh menguatkan kau lagi untuk menuduh aku perempuan bangang. Takpe. Aku terima. Kau berhak. Sebab kau ada hak. Kau boleh anggap aku apa pun, asalkan kau bahagia. 



Perjuangan Baru Bermula
 
 
Terima kasih jatuhkan aku. Aku belajar untuk makin kuat dan berdiri. Aku masih lagi menyambung penulisan yang terbengkalai. Insyaallah akan siap. Harap aku dapat kekuatan yang luar biasa dan mimpi - mimpi aneh untuk aku sempurnakan penulisan yang aku dambakan. Perjuangan aku baru bermula. Aku harap ada insan - insan sekeliling yang meniup aura positif dalam diri aku yang lemah. | Perjuangan Baru Bermula




Wednesday, July 29, 2015

Apa kau rasa?

Mieza S | 7/29/2015 10:48:00 AM | 1Comments |
 
 
 
Apa kau rasa?
 
 
Apa kau rasa? | Sengaja Tuhan jemputkan kecewa untuk temankan aku. setiap kali datang mesti hilang. Memang sampai bila mesti pengakhirannya macam ni?

 
 
 
Apa kau rasa?
 
 
Dia tak pernah pertahankan apa pun. Maknanya apa? Dengan beribu alasan clisher. Buat dekat aku tak boleh tapi buat dekat orang lain boleh. Tu yang aku tengah hadam. Kenapa dia mesti buat macam tu. At least, tak suka boleh straight to the point. Tak perlu nak test market, test segala macam test. Tak perlu nak suruh sabar. Dah kalau tengah sabar menunggu, tiba tiba dalam hidup kau datang orang lagi baik? Mesti lah kau akan tinggalkan orang yang tengah sabar tunggu kau kan? Sebab yang datang tu lagi bagus. Fikir perasaan orang lain jela. Jangan ego. 
 
 
Apa kau rasa?
 
 
God..
If today I lose my hope,
please tell me,
that Your plans
are better
than my dreams :'(
 
 
Apa kau rasa? 
 

PERGI

Mieza S | 7/29/2015 09:16:00 AM | 0Comments |




PERGI


Pergi,
Hilang Ditelan angin,
Bahagiamu di atas pelangi,
Disini hanya tanah lembab,
Yang biasa mengotori lembah hidup,
Terpalit kehinaan,
Pada tubuh,
Aku sudah terbiasa sendiri,
Bermain dengan lumpur,
Pergi,
Jangan menagih derita,
Untuk yang tak pasti.

Tuesday, July 28, 2015

BUAT PILIHAN YANG TEPAT

Mieza S | 7/28/2015 02:33:00 PM | 1Comments |

 
 
 
BUAT PILIHAN YANG TEPAT | Assalamualaikum. Tadi aku tak ada kerja. Saja blogwalking. Aku terjumpa entri dari sahabat EFG ni http://adnan-daughter.blogspot.com/2015/07/wordless-pilih-suami-betul-betul.html. Tergerak hati aku nak buat juga satu entri berkaitan diri aku, yang bersifat peribadi. Saja aku nak kongsi. Nak meluahkan sedikit isi hati. Semalam adalah hari aku kecewa. Tak luka, tapi rasa sakit. Tapi memang salah aku pun. Memang salah aku. Sebab terlalu mengganggu privacy orang sampai orang yang dah stress bertambah stress. Bila orang tengah stress habis semua dalam - dalam tu terhambur keluar. Walaupun sekadar cebisan tapi sebagai seorang perempuan dah mampu nak buat aku jatuh. Walaupun sekali lagi aku tekan kan, memang salah aku. Bukan salah dia. Aku tak pandai nak susun atur ayat untuk menjaga hati. Aku cuma tahu menuduh, tak pernah bertanya. Salah aku. 
 
 
 
 
 
Malam tu aku cari orang untuk dengar cerita aku. Bukan cerita pasal dia. Tapi temankan aku untuk seketika. Terima kasih lah semalam yang teman, termasuk housemate yang buang masa main mekap - mekap seronokkan hati aku. Nampak macam aku desprate pasal cinta. Tak lah. Sebab aku dah banyak kali disakiti. Jadi aku berharap bila umur aku dah dua puluh, aku boleh sayang orang secara serios. Tapi, macam kali ini tak. Bila dia lepaskan marah dia semalam. Dia seorang yang tak tahan kena macam tu. Agaknya dia dah geram sangat dengan aku. Maknanya, boleh ke dia tahan kalau hidup dengan aku? Mana mungkin.
 
 
Aku cuba untuk berlagak biasa, dan tak anggap apa - apa. Aku memang sayang dia. Aku tunggu dia. Tapi aku tak berharap untuk dia pandang aku. Kalau sememangnya dah jadi takdir, aku terima lah. Dia pun dah cakap semalam macam tu. Aku tak rasa pun dia akan layan aku lagi lepas ni. Apa - apa pun aku cuma mampu berdoa yang terbaik. Segalanya aku terima. Aku redha. Aku berserah. Pasrah. Aku cuma nak hubungan yang serius. Kekal sampai aku ada anak, sampai gigi aku dah tinggal sebatang. Sampai aku mati. Teringin nak kahwin muda. ^_^
 
 
Bagaimana mahu mencari bakal suami dan isteri mengikut pilihan Islam?

  1. Beragama Islam
  2. Baik akhlak dan taat agamanya
  3. Menjauhi kemaksiatan
  4. Kuat semangat jihadnya
  5. Dari keluarga yang soleh
  6. Taat kepada orang tuanya
  7. Ekonomi yang baik
  8. Pandai menyimpan rahsia
  9. Subur
  10. Tabah menderita
  11. Tidak cemburu buta
  12. Perangai dan kata - kata nya menyenangkan
  13. Mudah dilamar
  14. Cintanya yang besar
  15. Patuh dan taat
  16. Mengasihi anak kecil


 
 
Semoga ada hikmah apa yang terjadi semalam. Semoga perkongsian yang bermanfaat | BUAT PILIHAN YANG TEPAT
 

Panty Liner Serba Guna

Mieza S | 7/28/2015 09:14:00 AM | 0Comments |





Panty Liner Serba Guna


Panty Liner Serba Guna | Assalamualaikum. Maaf menghilang. Entri ni dah tergendala dua tiga hari. Wifi sudah limit ya di rumah. So, kena tunggu masuk kolej balik baru boleh update. So, harini saja nak kongsi. Jangan rasa entri ni annoying pula. Aku Cuma nak share, mana tahu berguna juga untuk korang kan?

Nampak tak sit motor yang basah kena hujan. Masa ni aku pakai seluar warna ungu. Kalau duduk memang nampak. Aku keluarkan tisu. Lunyai tisu tu sebab nipis sangat. Kawan aku suruh aku keluarkan panty liner. Aku masa tu malu. Tak pernah – pernahnya aku nak buat kerja macam ni. Tempat public pula tu. Malu oiii.


Panty Liner Serba Guna

 

Dia guna panty liner tu untuk lap air hujan. Tak sangka. Aku tahu panty liner tu menyerap, tapi tak pernah dibuat orang pula kan.


 Ini adalah hasilnya. Memberangsangkan. So, panty liner ni macam tisu juga J | Panty Liner Serba Guna

 

Koleksi Gambar Raya 2015 (GAMBAR)

Mieza S | 7/28/2015 09:13:00 AM | 2Comments |
 
 
 
Koleksi Gambar Raya 2015 (GAMBAR)  
 
 
Koleksi Gambar Raya 2015
Pemandangan kampung jiran
 
 
Koleksi Gambar Raya 2015
Keluarga tersayang
 

Koleksi Gambar Raya 2015
Pakwe tak jadi
 

Koleksi Gambar Raya 2015
Model hambar
 
 

Koleksi Gambar Raya 2015
Sepupu
 


Koleksi Gambar Raya 2015
Adik nombor tiga
 
 

Koleksi Gambar Raya 2015
Sepupu
 
 
Koleksi Gambar Raya 2015
Adik - adik
 
 
Koleksi Gambar Raya 2015 (GAMBAR) 

Thursday, July 23, 2015

PENCARIAN SPONSOR CONTEST MINI CERPEN

Mieza S | 7/23/2015 10:02:00 AM | 2Comments |
PENCARIAN SPONSOR CONTEST MINI CERPEN


Tujuan utama Contest Mini Cerpen diwujudkan adalah untuk :

  • Mencari bakat bakat penulisan dalam kalangan blogger dan anak muda untuk dikembangkan. 
  • Boleh berkongsi kongsi idea.
  • Menambah minat membaca dalam kalangan anak muda.
  • Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.




Syarat-syarat :


  1. follow blog ** wajib (tak ada blog dikecualikan) 
  2. like fanpage
  3. add friend di fb
  4. follow instagram



pilih (2) dua sahaja dari mana - mana di atas. (follow blog WAJIB)


contoh barangan yang boleh di sponsor termasuklah :



bahan bacaan terpakai/baru seperti novel, zine, bahan bacaan 


ilmiah, wang ringgit. semua yang berkaitan blog tidak dibenarkan termasuk topap.



BERMINAT ? PM DI FB : Mieza Suhaini

Wednesday, July 22, 2015

MUNGKIN

Mieza S | 7/22/2015 04:23:00 PM | 1Comments |


MUNGKIN


MUNGKIN |  Rindu sama kamu. Kamu yang semakin pergi.


"Jom jumpa?"


"Tak mahu lah."


"Im not the perfect human."


"Hahaha. Human being a normal. No body perfect. Same like you."


"Kau tak akan faham situasi aku. Kau lain. Aku lain."


"What the different?"


"Ah. Payah lah kau ni. 


"Apa yang kau nak cakap sebenarnya?"


"Tak ada papa !"


"Okay sorry. Didnt mean it."


"Its okay."


 *********


2 WEEKS LATER.............


"Weyh, jom lah. Nak sangat jumpa kau. Aku janji akan terima semua kekurangan kau."


"Kau bercakap macam orang bodohlah. Bosan lah manusia ni. Balik balik ulang ayat sama sejuta kali. Muak weyh muak. Tak ada perkataan lain lagi ke nak sebut?"


"Jangan lah sama kan aku dengan orang lain. Aku aku lah. Diorang diorang. Kenapa mesti kau nak sama kan aku dengan orang lain?"


"Sebab diorang manusia, kau manusia, aku manusia. Aku dah terbiasa dengan semua ayat ayat sampah yang langsung tak ada erti lagi dalam hidup aku."


"Ingat Tuhan. Jangan nak hamburkan semua kemarahan orang lain pada aku. Aku pun ada perasaan. Jangan fikir sakit hati kau sorang je weyh."


"Dah tu, diam. Tapayah nak jadi angle."


" ....... " 




MUNGKIN


"Ami, kau masih ingat dia? Bukan ke haritu sebelum jumpa kau dah janji dengan diri kau. Kalau dia pergi, anggap saja dia bukan untuk kau."


"Ya. Memang macam tu lah yang aku cakap dekat diri aku. Tapi aku lupa. Aku masih manusia. Manusia yang tak senang nak mengganggap segalanya mudah. Sebelum jumpa, memang aku ada sayang dia. Sampai lah masa pertama kali jumpa dia. Aku makin sayang. Tapi kali ni aku betul betul lupa. Aku terlupa nak mencermin wajah. Memang sepatutnya pertemuan pertama akan jadi pertemuan terakhir. Selalunya begitulah. Tak kiralah hebat macam mana pun orang tu berjanji bersaksi Tuhan segala. Dia akan tewas juga setelah melihat aku."


"Ami, aku tahu. Bukan mudah kau nak menghadam segala yang datang dan pergi dalam hidup kau. Aku pun pernah melalui apa yang kau rasa. Bezanya aku dikecewakan kerana orang ketiga. Tapi kau dikecewakan hanya sebab rupa. Sabar Ami. Ada sebab kenapa Tuhan jadikan kau begitu. Sekurangnya kalau ada yang menyintai kau, cintanya tulus bukan kerana wajah. Tapi kerana hati. Insyaallah."


"Mula mula kenal, aku tak tahu bila masa dia sibuk. Sebab setiap masa dia boleh ada dengan aku. Tapi ini bukan pertama kali. Macam aku cakap. Lepas jumpa nanti hilang lah. Hari hari dia mesej aku. Dia bersayang sayang rindu rindu. Entahlah. Manusia. Semuanya akan cakap, cinta sebenarnya bukan dari mata turun ke hati. Tapi terus melalui hati. KAlau mata yang melihat dulu, ternyata paras rupa lah yang dipilih. Sebab tu cinta terus datang ke hati. Sebab tu cinta buta. Mata tak melihat lagi. Aku dah agak. Lepas jumpa, hari hari sibuk. Sibuk sangat. Seolah olah 24 jam adalah kerja. Tak ada masa untuk berfoya foya. Aku aneh dengan manusia. Suka berjanji tapi tak pernah ditepati. Tahu tak sakit.?"


"Ami, sabarlah. Ini dugaan. Bukan takdir kau. Mungkin"



MUNGKIN


"Aku tahu. Mungkin takdir aku bukan dengan dia. Takdir aku bukan dengan sesiapa. Aku tak diciptakan berdua. Tapi sendiri. ........ "


"Ami, kenapa kau cakap macam tu?"


"Sebab selama aku hidup, datang dan pergi macam angin. Tak pernah duduk lama lama sampai aku tua. Kadang kadang tak sempat aku nak sambut ulang tahun kelahiran pun. Begitu cepat ia pergi. Aku cuma rindukan dia. Dia yang mula mula aku kenal. Selalu ada. Selalu teman. Selalu ambil berat. Tak pernah abaikan aku. Aku cuma rindu kan dia. Cuma mesej mesej yang lama pengubat sepi aku. Aku bermain dengan emosi sendiri. Mungkin, kali ini aku masih sendiri lagi. Mungkin, dia ditakdirkan untuk yang lain. Mungkin, sudah ada yang menunggunya. Mungkin, dia sudah ada teman baru. Mungkin, aku cuma tempat melepas sepi. Sepinya hilang aku sendiri lagi. Begitulah saban detik. Aku cuma rindukan kamu. Hanya itu yang ingin aku beritahu. Semoga kamu baik baik saja. Mungkin, dia tak perlukan aku lagi. Sepinya sudah terubat. " | MUNGKIN



TEGAR

Mieza S | 7/22/2015 12:09:00 PM | 0Comments |


TEGAR


TEGAR | Sang wanita yang tak pernah berhenti menjadi hamba untuk deritanya sendiri. Masih bertaranum dengan bait lafaz yang tak pernah dimengerti. Masih memandang luar jendela yang sunyi sepi.

"Zahra, mengapa kau masih di teluk itu? Tak pernah berganjak walau seinci pun. Tidak penat kah menanggung perit bermain dengan derita?"


"Aku masih sakit. Kenangan kenangan lalu masih menyucuk. Walau aku berganjak, tetap juga ia disudut itu. Jadi harus bagaimana lagi aku menyerah untuk berbahagia andai punya sekelumit sakit yang tak pernah pergi? Biar saja aku disini. Merasai indahnya perit."


"Mata aku sudah tidak kental bersembunyi untuk berpura pura mengangap engkau sedang bahagia. Setiap malam, mataku tak pernah lena. Tak pernah lekang namamu Zahra. Tak pernah hilang bayangmu Zahra. Tak pernah nyenyak mimpiku Zahra. Asyik terbayang denganmu Zahra. Tidak tertanggung beban pilu yang merasuk aku Zahra. Kau tidak kasihankan aku kah Zahra?"


Zahra memandanng cecairan putih yang melawati tubir mata si polan. Hatinya disentak amukan pasrah. Lorong lorong mimpi seakan sudah terkatup rapat. Sudah tidak ada ruang untuk belaian apa pun. Sudah tidak ada. Sudah mati.





TEGAR


"Mengapa engkau sendiri? Mengapa kau masih membatu menunggu aku? Sudah ku bilang kan. Aku sudah tidak punya apa pun. Aku hanya menunggu dia, walaupun cinta ini tidak selebat masak ranum buah rambutan opah. Sudah ku janjikan ini yang terakhir. Aku tidak mahu lagi sesiapa merobek jiwa. Cukup ini yang terakhir."


"Berapa lama lagi harus kau bertahan Zahra? Berapa lama lagi waktu harus kau tunggu Zahra? Berapa detik lagi harus dia kembali padamu semula Zahra? Berapa?"


"Aku tidak mengira berapa lama harus dia kembali. Aku hanya mengira berapa lama aku mampu bertahan menunggu untuk aku kembali pada Dia. Dan dia orang terakhir sebelum aku ketemu Dia. Biarlah pahit, nanti akan manis jua akhirnya. Biarlah sakit nanti ketemu bahagia."


Ulas senyum mengukir di bibir Zahra. Namun masih tidak dapat menyembunyikan riak kecewanya yang tidak tertanggung. 


"Zahra, Tuhan tak pernah bilang hidup manusia keseorangan. Tuhan sudah menjanjikan semuanya berpasang pasangan. Termasuk juga hati mu Zahra. Sudah kering benar kelopak tangkai hatimu. Kau tidak ingin ia kembali segar Zahra? Sirami ia dengan air cinta Zahra. Aku takut hatimu lemas dan mati. Aku takut takut andai benar sangkaanku. Nanti hatimu bakal pergi. Membawa jiwamu yang kian rapuh. Aku paling takut Zahrah, andai benar sangkaanku. Aku bakal kehilangan kamu Zahra. Termasuk bayang bayang yang selalu ku kejar."


TEGAR


"Si polan. Usah kau tangisi andai aku pergi. Aku masih tetap hidup di dalam sini. Dalam ingatan dan hatimu. Aku sudah benar menyintainya kerana agama. Meski dia bukan lah orang yang menyerikan masjid, bukanlah orang yang bertasbih memuji Tuhan, bukanlah orang yang menyintai mati, bukanlah orang yang terlalu beriman, bukanlah orang yang benar benar menyintai kalam Tuhan dan sunnah, bukan juga orang yang mengingati aku tentang Tuhan kami yang sama. Sudah ku berjanji andai dia lah Zauj yang telah dihalalkan buatku, kami akan sama sama mendidik hati untuk menjadi orang beriman dan melahirkan bakal bakal tentera Tuhan yang menentang kejahilan. Insyaallah. Hanya itu yang ku mahu. Aku tidak mahu yang lainnya."



TEGAR


" T-E-G-A-R benar dirimu Zahra. Bermain dengan rasa. Bagaimana kau pasti itulah yang akan berlaku di masa depanmu kelak? Bagaimana kau yakin kau akan bahagia dengannya nanti?"


"Sudah ku bilang. Aku menyintainya kerana Tuhan. Malam istikharah dan hajatku hanya penuh dengan namanya. Sudah tidak ada yang lain. Bukan ku membangkit riak dan takabur. Aku hanya ingin kau tahu, aku menunggunya. Andai tertulis di kitab takdir, namaku tidak secocok dengannya, aku sudah terima. Sudah ku cuba dan berusaha mengikat nama kami. Mungkin Tuhan akan lebih memahami situasi ini jika hendak dibandingkan dengan diri ku sendiri. Segalanya ku serahkan pada takdir. Andai benar dia bukan untukku, mungkin jiwa dan jasad ini hanya untuk Dia."



TEGAR


"Zahra, kau bermain dengan takdir Tuhan Zahra. Apa kau sudah gila?"


"Aku masih waras si polan. Aku hanya bergantung harap padanya."


"Zahra, kau asyik memikirkan dirimu. Lalu aku bagaimana? Sudah terik aku bermandi dengan kecewa menunggu kau Zahra. Menunggu kau kembali padaku. Doaku seakan tergantung di dada langit. Tidak pernah dibawa naik Malaikat untuk ketemu Tuhanku. Jadi sampai bila aku harus begini?"


Si polan berpeluk tubuh. Dahi nya basah dengan peluh. Dadanya kencang turun naik. 


TEGAR


"H-A-T-I-K-U yang amat ku cinta, ketahuilah olehmu, aku menyayangimu lebih dari apa pun. Disaat aku bangkit lalu terjatuh. Disaat aku bahagia lalu sakit. Disaat aku situasi apa pun kau masih T-E-G-A-R menyintaiku. Begitu juga aku yang selalu T-E-G-A-R untuk menyintaimu. Tadi kau kata, manusia itu sudah dijanjikan dengan Tuhan untuk berpasang pasangan. Begitu juga hati ini. Aku tahu kau sakit kerana sepi. Kerna itu, aku menyakiti jiwaku sendiri dengan perit. Hingga lena ku masih terbuai dengan bayangan semalam. Malam ku tak pernah lena. Aku menunggu cinta yang aku sendiri damba. Dimana, nanti aku akan bahagia dengan pilihan ku sendiri. Walau rawan tak bertepi, akan ku minta untuk Tuhan memberi ruang aku kecap bahagia bersama hatiku dan hatinya agar disatukan sebagai zauj dan zaujah. Aku menunggu saat itu. Andai aku tak punya waktu untuk kebahagiaan ini, kau akan ku janjikan Cinta yang paling teragung. Cinta pada Tuhan Mu sendiri, wahai H-A-T-I yang amat ku cinta. | TEGAR



Monday, July 13, 2015

#Cabaran20Hari - Menu Wajib Pagi Raya

Mieza S | 7/13/2015 10:54:00 AM | 1Comments |



#Cabaran20Hari - Menu Wajib Pagi Raya
 
 
#Cabaran20Hari - Menu Wajib Pagi Raya | Assalamualaikum. Weyh lapooo. Menggugat iman betul la tajuk cabaran #Cabaran20Hari untuk hari ni. Betul betul buat aku kepayahan menahan sendu. Huhuuu. Menu Wajib Pagi Raya yang selalu mak aku sediakan ialah rendang daging dan ayam. Ni memang febret. Lepastu yang lain lain macam nasi impit, tak pun nasi minyak. Letupat dah tak da. Tak siapa pandai buat dan rajin. ^_^
 
 
#Cabaran20Hari - Menu Wajib Pagi Raya
 
 
Aku ni kejam and tak malu. Aku memang peminat dengan lontong. Sangat sangat. Setiap kali raya mak aku memang tak akan pernah sediakan menu ni. Sebab menu ni macam agak menyusahkan sikit. So bila aku beraya rumah orang tanpa segan silu aku akan tanya " Ada lontong tak?" . Nampak tak? Tak kisah la siapa pun dia. Kalau sedap mau bertambah. Tapi selalu memang akan bertambah. Pernah sekali tu, makcik tu siap bungkuskan untuk aku makan kat rumah. Sayang tuh. :) 
 
 
 
#Cabaran20Hari - Menu Wajib Pagi Raya
 
 
 
Air yang wajib ada di pagi raya ialah air sirap. Cepat mudah dan sedap :) Eksited nak raya, menikmati semua anugerah makanan ni. Nyummy | #Cabaran20Hari - Menu Wajib Pagi Raya

Saturday, July 11, 2015

Jalan tembok

Mieza S | 7/11/2015 08:38:00 AM | 0Comments |
 
 
Kiblat kapitalis ialah di Jalan Tembok. Di Jalan Tembok inilah hampir segala isi bumi didagangkan. Di Jalan Tembok, beberapa ekor yuppie sedang bergayut di telefon bercakap tentang harga ayam, harga itik, harga petrol, harga besi, semua benda, semua perkara. Dan di Jalan Tembok inilah - segala maklumat berselirat. Ini zaman Revolusi Industri Maklumat. Segala apa yang diniagakan berdasarkan maklumat. Di Jalan Tembok inilah kekuatan empayar kapitalisme. Kalau kekuasaan empayar Roma dapat dilihat Colleseum, empayar Amerika ialah di Jalan Tembok. Seribu tahun lagi Jalan Tembok adalah kota peninggalan macam kita tengok runtuhan kota lama Athens atau Roma, atau Machu Piccu. Kalau buku sejarah kita atau anak kita bercerita tentang Julius Caesar, Alexander dan Gengkhis Khan, anak-anak Ubermensch akan bercakap tentang empayar Rothchilds, Bill Gates, Steve Jobs, Mark Zuckerberg (walaupun empayar gajet dan teknologi di Lembah Silikon di California).
Jalan Tembok mahukan rejim baru di Malaysia. Dasar ‘Pasak Asia’ memerlukan macai baru Jalan Tembok. By hook or by crook dasar ini perlu dijalankan demi untuk bersaing dengan kuasa lama yang selama separuh alaf mengamalkan dasar tutup pintu. Middle Kingdom sedang bangkit di Asia. Jalan Tembok mahu terus kekalkan hegemoni.
Aku melihat usaha menjatuhkan Najib Razak ini bukan sekadar Dr M nak anak dia naik cepat, atau Rosmah nak beli Birkin baru, atau Hadi Awang nak tangkap orang jual pil kuda, aku melihat ini satu konteks yang lebih besar. Perang di Timur Tengah tidak lagi menguntungkan. Inilah medan seterusnya untuk dijarah.
Bagai orang biasa di negeri tanah hujung macam aku ini, aku tahu, siapapun menang jadi penghulu di negeri ini tidak kira siapa sosoknya, bahana akan tetap muncul juga. Tapi, aku rasa kenapa Najib harus berambus dari Putrajaya, kerana dasar ekonominya menyusahkan orang ramai, walaupun konon-konon prihatin seperti BR1M dan sebagainya. Berapa ramai orang hilang daya kuasa beli dari dasarnya. Bagi aku dasar ekonomi Najib yang kelaut ini sudah melangkau ke tahap personal.
Aku tahu Dr Mahathir juga bukan insan suci mana, dan Muhyiddin bukan sosok yang boleh dipercayai. Tapi Najib Razak harus diganti. Entah siapa aku tak pasti.
Jalan Tembok juga bersependapat dengan aku bahawa Najib harus diganti. Soalnya, kerana apa? Sementara aku insan yang tak ada apa-apa ini cuma mahu keamanan dan kemakmuran, Jalan Tembok mahu menjarah negara ini. Seperti Portugis datang berlayar circa 1511, seperti Belanda datang circa 1628, seperti Francis Light mendarat di Pulau Pinang, dan seperti askar Jepun menaiki basikal dari Siam menuju negeri ini.
Selama seribu tahun tanah emas ini menjadi pusat perdagangan yang sibuk dan menguntungkan. Aku percaya lagi seribu tahun juga begitu. Kita seharusnya jadi bangsa yang kaya, yang bertamadun dan memberi sumbangan sesuatu pada dunia. Apa ciptaan kita pada dunia?
Melihat keadaan Malaysia hari ini mungkin sama seperti jika aku sedang hidup di Melaka pada 1511. Hanya menanti masa, bila akan terjajah kembali, atas kelemahan sendiri.
 
 
 
Cukong Press

Thursday, July 9, 2015

Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Mieza S | 7/09/2015 09:18:00 AM | 2Comments |
Bersempena dengan usia Blog Fadzi Razak ni dah mencecah usia setahun lebih dan sempena jugak Blog Fadzi Razak bertukar domain dari www.fadzirazak.blogspot.com kepada www.fadzirazak.com, aku nak buat satu giveaway mudah untuk korang semua.

Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015


Cara sertai:
1. Follow Blog Fadzi Razak dan blog-blog sponsors

2. Like Facebook Fanpage Blog Fadzi Razak dan Fanpage sponsors
 
3. Follow Instagram Blog Fadzi Razak dan Instagram sponsor

4. Buat satu entri bertajuk Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015
5. Letakkan banner giveaway di atas dalam entri korang dan backlink kan ke Blog Fadzi Razak -- kalau nak senang, copy paste je code HTML di bawah ni.
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Bersempena dengan usia Blog Fadzi Razak ni dah mencecah usia setahun lebih dan sempena jugak Blog Fadzi Razak bertukar domain dari <b>www.fadzirazak.blogspot.com</b> kepada <b>www.fadzirazak.com</b>, aku nak buat satu giveaway mudah untuk korang semua.</span></div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://2.bp.blogspot.com/-06y0i-BfLTs/VZPEYxmIdwI/AAAAAAAAICo/GeQo2ydzHOA/s1600/Giveaway%2BBlog%2BFadzi%2BRazak%2BLaunch.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img alt="Giveaway &quot;Blog Fadzi Razak Launch&quot; 2015" border="0" height="492" src="http://2.bp.blogspot.com/-06y0i-BfLTs/VZPEYxmIdwI/AAAAAAAAICo/GeQo2ydzHOA/s640/Giveaway%2BBlog%2BFadzi%2BRazak%2BLaunch.jpg" title="Giveaway &quot;Blog Fadzi Razak Launch&quot; 2015" width="640" /></a></div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<b><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Cara sertai:</span></b></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">1. Follow Blog Fadzi Razak dan blog-blog sponsors</span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><a href="http://www.fadzirazak.com/" target="_blank"><b>Fadzi Razak</b></a> | <a href="http://mamadarwiish.blogspot.com/" target="_blank"><b>Mama Darwiish</b></a> | <a href="http://www.rafzantomomi.com/" target="_blank"><b>Rafzan Tomomi</b></a> | <a href="http://suriaamanda.blogspot.com/" target="_blank"><b>Amanda Suria</b></a> | <a href="http://www.azlindaalin.com/" target="_blank"><b>Azlinda Alin</b> </a>| <a href="http://mrsfara.blogspot.com/" target="_blank"><b>Fara Hanim</b></a> | <a href="http://syiralokman.blogspot.com/" target="_blank"><b>Syira Lokman</b></a>&nbsp; | <a href="http://khatyaiman.blogspot.com/" target="_blank"><b>Kathy Aiman</b></a> | <b><a href="http://www.inanihazwani.com/" target="_blank">Inani Hazwani</a> </b>| <b><a href="http://ayunirafilah.blogspot.com/" target="_blank">Ayuni Rafilah</a> </b></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><br /></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">2. Like Facebook Fanpage Blog Fadzi Razak dan Fanpage sponsors</span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><a href="https://www.facebook.com/BlogFadziRazak?ref=hl" target="_blank"><b>Fadzi Razak</b></a> | <a href="https://m.facebook.com/profile.php?id=440365509367227" target="_blank"><b>Mama Darwiish</b></a> | <a href="https://www.facebook.com/rafzantomomistory?fref=ts" target="_blank"><b>Rafzan Tomomi</b></a> | <a href="http://www.facebook.com/parizan.mohdzain" target="_blank"><b>Amanda Suria</b></a> | <a href="https://www.facebook.com/bicaramummy" target="_blank"><b>Azlinda Alin</b></a> | <a href="https://www.facebook.com/syiralokman5?fref=ts" target="_blank"><b>Syira Lokman</b></a>&nbsp; | <a href="https://m.facebook.com/profile.php?id=1641687249385111" target="_blank"><b>Kathy Aiman</b></a> | <b><a href="https://www.facebook.com/ayunirafilah" target="_blank">Ayuni Rafilah</a> </b></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">&nbsp; </span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">3. Follow Instagram Blog Fadzi Razak dan Instagram sponsor</span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><a href="https://instagram.com/fadzirazak/" target="_blank"><b>Fadzi Razak</b></a> | <b><a href="https://instagram.com/oh.aneeq" target="_blank">Aneeq Asyraf</a> </b>|<b> <a href="https://instagram.com/aiinbaharom/" target="_blank">Mama Darwiish</a></b> | <a href="https://instagram.com/rafzantomomi/" target="_blank"><b>Rafzan Tomomi</b></a> | <a href="https://instagram.com/Rizzdania78" target="_blank"><b>Amanda Suria</b></a> | <a href="https://instagram.com/azlinda.alin" target="_blank"><b>Alinda Azlin</b></a> | <a href="https://instagram.com/mrsfara92/" target="_blank"><b>Fara Hanim</b></a> | <a href="https://instagram.com/syira_lokman/" target="_blank"><b>Syira Lokman</b></a>&nbsp; | <a href="https://instagram.com/Khatyaiman1" target="_blank"><b>Kathy Aiman</b></a> | <b><a href="https://instagram.com/inanihazwani/" target="_blank">Inani Hazwani</a> </b>| <b><a href="http://instagram.com/ayunirafilah" target="_blank">Ayuni Rafilah</a> </b></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">4. Buat satu entri bertajuk <b>Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015</b></span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">5. Letakkan banner giveaway di atas dalam entri korang dan backlink kan ke Blog Fadzi Razak -- kalau nak senang, copy paste je code HTML di bawah ni.</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">6. Bila dah siap, komen link entri korang dekat ruangan komen di bawah &nbsp; &nbsp; </span></span></div>
<br />
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<b><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Hadiah-hadiah:</span></b></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">1. 1 </span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".21.$mid=11435726105368=281d8cc0c12d2661783.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".21.$mid=11435726105368=281d8cc0c12d2661783.2:0.0.0.0.0.0">x Cathy Choo shower gel ml</span></span> (Mama Darwiish) </span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">2. </span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">2 x Top Up RM10 (Rafzan Tomomi)</span></span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">3. </span></span></span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0"><span class="_5yl5" data-reactid=".3j.$mid=11435722547667=21e4277d245d0360555.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".3j.$mid=11435722547667=21e4277d245d0360555.2:0.0.0.0.0.0">Buku Nota Harian</span></span> (Amanda Suria)</span></span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">4. </span></span></span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">Cash RM10 (Azlinda Alin)</span></span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">5. Sehelai Jacket Denim (Fara Hanim)</span></span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">6. 2 x </span></span><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">tapak iklan free selama sebulan (Syira Lokman)</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">7. Sehelai Shawl (Kathy Aiman)</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">8. Topup RM10 (Inani Hazwani)</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">9. Pakaian (Ayuni Rafilah)</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">10. Tapak iklan dan banner percuma selama sebulan (Fadzi Razak)&nbsp;</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">Total pemenang yang bertuah = <b>12 orang</b> </span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<b><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">Syarat-syarat:</span></span></b></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">1. Giveaway ini akan berlangsung selama <b>3 minggu</b> bermula 1 Julai 2015 hingga 22 Julai 2015.</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">2.&nbsp; Giveaway ini terbuka kepada semua blogger yang tinggal <b>di dalam Malaysia</b> sahaja.</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">3. Para sponsor juga layak untuk menyertai giveaway ini.</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">4. Pemenang akan <b>dipilih secara random</b> menggunakan random.com.</span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">5. Nama pemenang akan <b>diumumkan </b>pada <b>23 Julai 2015</b>.&nbsp; &nbsp; </span></span></div>
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">6. Para pemenang perlu <b>respon </b>dalam masa <b>seminggu (24 Julai 2015 hingga 30 Julai 2015)</b></span></span><br />
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">7. Hadiah-hadiah akan mula <b>dihantar/diberi</b> pada <b>31 Julai 2015</b></span></span><br />
<br />
<br />
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Nak menang hadiah lepas Hari Raya? Ini peluang korang. Jom ramai-ramai sertai </span></span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><b>Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015.</b></span></span></span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Good luck kepada semua! </span></span>&nbsp; </span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><br /></span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
</div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0"><br /></span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0"><br /></span></span></div>
<div style="text-align: justify;">
<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0"><br /></span></span></div>

6. Bila dah siap, komen link entri korang dekat ruangan komen di bawah    


Hadiah-hadiah:
1. 1 x Cathy Choo shower gel ml (Mama Darwiish)
2. 2 x Top Up RM10 (Rafzan Tomomi)
3. Buku Nota Harian (Amanda Suria)
4. Cash RM10 (Azlinda Alin)
5. Sehelai Jacket Denim (Fara Hanim)
6. 2 x tapak iklan free selama sebulan (Syira Lokman)
7. Sehelai Shawl (Kathy Aiman)
8. Topup RM10 (Inani Hazwani)
9. Pakaian (Ayuni Rafilah)
10. Tapak iklan dan banner percuma selama sebulan (Fadzi Razak) 

Total pemenang yang bertuah = 12 orang


Syarat-syarat:
1. Giveaway ini akan berlangsung selama 3 minggu bermula 1 Julai 2015 hingga 22 Julai 2015.
2.  Giveaway ini terbuka kepada semua blogger yang tinggal di dalam Malaysia sahaja.
3. Para sponsor juga layak untuk menyertai giveaway ini.
4. Pemenang akan dipilih secara random menggunakan random.com.
5. Nama pemenang akan diumumkan pada 23 Julai 2015.   
6. Para pemenang perlu respon dalam masa seminggu (24 Julai 2015 hingga 30 Julai 2015)
7. Hadiah-hadiah akan mula dihantar/diberi pada 31 Julai 2015


Nak menang hadiah lepas Hari Raya? Ini peluang korang. Jom ramai-ramai sertai Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015.

Good luck kepada semua!  







© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.