Saturday, August 30, 2014

KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR VS 3R

Mieza S | 8/30/2014 04:13:00 PM | |





Come and support our campaign this 4th of September at KTT from 9AM-5PM! Sexual harassment is never an option nor a choice! Share us your thoughts about it! To make it more interesting, our campaign is officially supported by 3R Malaysia and Young Women Making Change! Let's make a change! Women, we need protection and we should be respected! 



TEMPAT : KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR
MASA : 9 PAGI - 5 PETANG
TARIKH : 4 SEPTEMBER







AKTIVITI 
- INTERVIEW
-PHOTOBOOTH
-DEMONTRATION SELFDEFENSE



PENGACARA 3R AKAN ADA BERSAMA. 
DATANG BERAMAI RAMAI. SUPPORT OUR KEMPEN !!!!


HASHTAG STOPSEXUALHARASMENT
HASHTAG REBELLIOUS9

Wednesday, August 27, 2014

PEMAIN DOTA NOOB !!!

Mieza S | 8/27/2014 08:27:00 PM | |





gambar cedok dari google.com
 


Beberapa hari lalu, saat purnama tidak menampak kan wajah dan sinarnya, aku dengan rajin tanpa rasa berat hati lepak dekat satu group FB. Group tu adalah diantara group yang aku sayang jugak la. Kadang kadang melayan perangai dari newbie sampai lah yang expert gelak aku atas katil sorang sorang. Sebenarnya, bukan lah katil sangat pun. Sebab duduk rumah sewa ni aku tidur atas LANTAI berlapikkan tilam :(


Tapi tu bukan cerita nya. Aku cuma nak bagitau, PEMAIN DOTA NOOB. Agak - agak tak pe kan tajuk aku ternampak dan agak seperti biadab. Tapi berdasarkan teori dan kesimpulan yang aku belajar semenjak dari sekolah, tajuk yang dipilih haruslah sesuai dengan jalan cerita. Supaya kelihatan menarik dan tertarik untuk orang membacanya.


Jadi aku telah sebulat suara untuk memilih tajuk yang agak extreme dan aku telah bersedia untuk dikejam oleh ribuan PEMAIN DOTA NOOB. PEMAIN DOTA yang telah dimonopoli oleh sang lelaki sejak berzaman dulu. Mungkin ~. Kerana aku terlupa dan berasa sangat malas untuk mengkaji hal hal sejarah dota. Lagi pula PEMAIN DOTA NOOB. Buang masa.


Pertama sekali, sebelum memulakan kata kata yang korang semua dah anggap aku mengecam berdasarkan tajuk, aku nak korang fikir dengan mata hati. Buka peluang minda bagaimana sel sel otak berhubung seperti yang diwar warkan didalam iklan anmum. Maafkan segala.
 kata kata aku yang mungkin mengguris perasaan.



Tapi, aku belum masuk lagi karangan pasal PEMAIN DOTA NOOB. Aku memang tak sangkal PEMAIN DOTA NOOB bukanlah kenyataan yang keluar dari mulut seorang wanita seperti aku. Tapi, oleh wanita yang dianggap sebagai keyboard worior (mungkin) didalam group yang tadi aku  ceritakan di awal perenggan.



Tertarik aku untuk menaip entri ni adalah sebab aku nak meminta pendapat korang. Aku dah screencapture. Tapi sayang terdelete. Tapi lagi, aku tak sampai hati nak tepek gambar status wanita berkenaan yang dikatakan telah married dan mempunyai 3 orang anak(mungkin) kerana  beliau secara terang memalukan dirinya sendiri.



Samar samar aku nak ulang balik apa yang wanita berstatus sebagai isteri tu update status. Mungkin secara peratusan paling rendahboleh  aku katakan saat aku mengingati setiap patah perkataan yang ditaip. Mungkin, aku sendiri tak berapa pasti. Mungkin juga ada tokok tambah. Tapi yang penting kenyataan yang extreme yang diupdate dalam status fB beliau PEMAIN DOTA NOOB.



"Aku ni dah kawin. Dah ada anak. Takkan lah aku nak main DOTA tu. Macam aku dah tak de keje lain je. Apa bangang sangat tak matang ajak aku main. Memang noob betul lah nak main dota bagai. Korang ni memang tak de keje lain ke? Dok buang masa dengan game game macam tu. Patutlah tak maju."



Adalah brader brader kacak hensem dok balas balas komen. Terstalker profile cik puan ni. Kebetulan memang masa tu dok panas balas balas komen pasal sesuatu isu yang telah dibangkitkan oleh seseorang. Memang aku yang malas ni jadi rajin double kuasa dua menggagahkan mata tangan telinga dan semua pancaindera yang ALLAH kurnia untuk membaca satu satu komen start dari atas sampai lah bawah. Mencecah 200 lebih jugak lah komen tu. Tu yang puncanya pergi stalker cik puan punya profile, sebab aku sendiri tak menafikan mulut cik puan ni agak celaka * maaf kasar (mungkin lembutnya boleh aku katakan mulut beliau agak kasar) sebab komen komen beliau bukanlah membina.



Tapi menyakitkan dan memedihkan ulu hati bagi yang membaca dan tak kurang juga ada yang terasa dengan kenyataan kenyataan bodoh yang telah dikeluarkan oleh beliau. Tambahan pula, status beliau sebagai ISTERI agak menjengkelkan. SANGAT menjengkelkan. Demi TUHAN. Aku sendiri rasa macam nak pijak kepala dia. Walaupun aku bukan lah sesiapa dalam group tu. Tapi sebab aku prihatin dan ingin mengambil tahu *bukan menjaga kain harap maklum!



Aku perhati je cik puan ni. Biadab gak bahasa dia. Aku tak tahu macam mana cik puan ni dengan HASBEN beliau. Kalau lembut jugak mungkin aku boleh katakana cik puan sebagai seorang yang pijak semut pun tak mati. Mungkin juga akan dinobat sebagai PELAKON terbaik. 'Mungkin' .



Berbalik balik pada persoalan yang ingin aku ketengahkan. Betulkah PEMAIN DOTA NOOB? Aku memang tak nafi, PEMAIN DOTA NOOB yang telah dianggap oleh cik puan akan menghabiskan sisa waktu  nya di depan komputer. Tak kurang juga ada yang sanggup berhabis duit untuk lepak CC berdetim dengan DOTA kesayangan. BETULKAH PEMAIN DOTA NOOB? Sekian ~



Aku cuma bertanya, aku bukanlah wanita yang menghambur mengatakan PEMAIN DOTA NOOB. Penambahan persoalan. Mengenai perangai kasih sayang yang ditunjukkan oleh cik puan. BAGAIMANA?



Jadi, atas ehsan kebaikan kerajinan aku menelaah satu persatu komen pedas oleh cik puan, dapat lah aku membuat KESIMPULAN. KESIMPULAN oleh aku sendiri. Bahawasanya, makcik pakcik, tuan puan, datin paduka , datin sri, datuk datin, encik, puan, cik, YB YB, yang berkahwin ada anak, yang mana phone canggih layan game yang tengah HOT sekarang (candy crush) yang masih mendapat ranking pertama *mungkin (tak berapa pasti) maka mereka dianggap NOOB juga lah kan. Sebab main game. Bak kata cik puan, macam tak de keje lain pulak nak buat. Kbye ( IF YOU KNOW WHAT I MEAN ) .











Dan tiba tiba aku menggodek godek, aku ternampak ni . Aku dah tukar fikiran. Aku nak letak lah status cik puan. Tapi yang ni status dari profile cik puan.  Komen yang lagi panas telah di delete oleh admin.



 
Mungkin as orang dewasa, tengok aku lah yang bangang sibuk pasal cik puan. Aku cuma nak cakap, As wife dan seorang wanita yang dah dewasa dan berfikiran matang tak sepatutnya melontarkan kata macam tu. MENJENGKALkan.
 

Tuesday, August 26, 2014

PENGHAYATAN SEJARAH MEMBINA SEMANGAT ANAK BANGSA

Mieza S | 8/26/2014 08:50:00 PM | |



 
 
 
 
 
PERTANDINGAN ESEI PATRIOTIK(KATEGORI PELAJAR)
ANJURAN PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2014
KOLEJ KOMUNITI NEGERI SELANGOR
 
 

PAGEVIEW RENDAH

Mieza S | 8/26/2014 12:49:00 PM | |


Tak, cuma nak cakap. PAGEVIEW RENDAH. Padahal dah lebih setahun. Nampak sangat tak aktif. Erkkkk. Tak pandai lah nak pakai keyword la CEO la. Apa menda tah semua tu. Kena baca balik kitab kitab Tuan Tuan dan puan puan yang ajar semua teknik ni. Kena mendalami ilmu ni. Kalau nak pandai dan pengalaman. Pengalaman kan mendewasakan. Hahahhaa. Bak kata pepatah, manakan pecah ruyumg kalau nak dapat sagunya. 

Saturday, August 23, 2014

PELAKON "BUTA" hanya di Malaysia

Mieza S | 8/23/2014 07:26:00 PM | |


Siapa tengok tv petang tadi? Kalau tengok mesti kau orang tahu siapa yang aku maksudkan. Hahaha. PELAKON BUTA HANYA DI MALAYSIA. Apa yang aku nak cerita sebenarnya dalam entri ni? Aku bukan nak kutuk apa yang pengarah buat. Sebab aku pun masih tak layak jadi pengarah macam mereka. Tapi aku sebagai orang yang menonton mesti ada idea dan cadangan sendiri. Termasuk korang yang melihat.


Apa yang aku maksudkan dengan PELAKON BUTA HANYA DI MALAYSIA tu, bagi pendapat aku, pelakon yang memegang watak si BUTA,  BUTA nya mesti BUTA yang paling kreatif. PELAKON BUTA HANYA DI MALAYSIA berkeadaan seperti, BUTA tapi :

  • mampu menyolek muka dengan sangat kemas dan rapi.
  • mampu menghalakan mata hitam tepat pada si pencerita.
  • mampu merajuk kemudian melarikan diri seolah olah mengetahui setiap alur jalan yang akan dilalui.
  • mampu melilit lilit selendang berkeadaan grend.

Kau rasa kenapa aku fikir macam ni? HAnya aku atau korang pun berkeadaan yang sama seperti aku. Aku harap dengan kritikan yang serba tak kena dari budak hingusan macam aku ni mampu dihadam dan diberi sedikit pendekatan untuk cerita cerita yang seterusnya. *Maaf andai terkasar bahasa. Sedikit nukilan dari budak hingusan.

DESIGN 5

Mieza S | 8/23/2014 04:45:00 PM | |


(1)
 
 
 

(2)
 
 
 

(3)
 
 
 

(4)
 
 
 

(5)
 
 
 

DESIGN 4

Mieza S | 8/23/2014 04:42:00 PM | |


(1)
 
 
 

(2)
 
 
 

(3)
 
 
 

(4)
 
 
 

(5)
 
 
 
 

DESIGN BUSINESS CARD

Mieza S | 8/23/2014 02:16:00 AM | |
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
  •  design DAN postage adalah PERCUMA !.
  •  minima order 2 kotak.
  •  1kotak BERSAMAAN 100 keeping.
 
 
 
 
DESIGN 6
DESIGN 7
DESIGN 8
DESIGN 9
DESIGN 10
 
 
Terpulang dekat kau, nak buat secara vertical atau horizontal. Kalau berminat boleh PM atau whatsapp aku. Kita bincang harga :) . Harga baikk aku bagi. 
 
 
facebook : MIEZA SUHAINI
EMEL : kekapas@gmail.com
whatsapp/message : 0173574719/0192516083
 


DESIGN 3

Mieza S | 8/23/2014 02:09:00 AM | |



 
 
 
 
(1)
 
 
 

(2)
 
 
 

(3)
 
 
 

(4)
 
 
 

(5)
 
 
 
 

DESIGN 2

Mieza S | 8/23/2014 02:03:00 AM | |


 
 
(1)
 
 
 

(2)
 
 
 

(3)
 
 
 

(4)
 
 
 

(5)
 
 
 
 

DESIGN 1

Mieza S | 8/23/2014 02:01:00 AM | |


 
(1)
 
 
 

(2)
 
 
 

(3)
 
 
 

(4)
 
 
 

(5)
 
 
 
 
 

Friday, August 22, 2014

iPHONE 5S MILIK SEMUA !

Mieza S | 8/22/2014 04:56:00 PM | |


APA YANG ANDA TUNGGU LAGI?? TANPA MODAL PUN BOLEH MEMILIKI iPHONE 5S DENGAN MUDAH DAN BERGAYA.


SINI JOIN ---> C L I C K

Thursday, August 21, 2014

BODOHNYA ~

Mieza S | 8/21/2014 11:38:00 PM | |
DAH TAIP PANJANG PANJANG DENGAN SEPENUH JIWA RAGA, DAH SAVE, TIBA TIBA NAK EDIT BALIK, TIBA TIBA SECARA TAK SENGAJA TERTEKAN BUTTON TAH APA APA TANPA DISEDARI, KEMUDIAN PERGI SAVE. HABIS HILANG. ahhhh~ SAKIT BETUL HATI. BODOHNYA~

Monday, August 18, 2014

BUDAK POLITEKNIK BODOH

Mieza S | 8/18/2014 06:37:00 PM | |




 
 
ASSALAMUALAIKUM,
PERTAMA SEKALI SEBELUM AKU KETENGAH ISU BASI SEPERTI DIATAS, RASANYA TERLEBIH DAHULU AKU NAK MINTAK MAAF ANDAI MENGGURIS KAN HATI MANA MANA PIHAK, SECARA ZAHIR MAHUPUN BATIN. SEMUA TULISAN YANG AKAN U ALLS BACA ADALAH DARI PANDANGAN AKU SENDIRI SEBAGAI SEORANG YANG BERGELAR PELAJAR.
 
 
GAMBAR TU AKU AMBIL DARI SALAH SEORANG PENUNTUT POLITEKNIK YANG JUGA KAWAN SEKOLAH AKU MASA SAMA - SAMA BELAJAR DEKAT VOKASIONAL SHAH ALAM 2011/2012.
 
 
APA YANG BUAT AKU TERGERAK HATI NAK UPDATE ENTRI BASI MACAM NI SEBAB AKU TAK PUAS HATI DENGAN STATEMENT YANG CUBA MEREKA BERDUA TEGAKKAN. APA SALAH SANGAT KE JADI PELAJAR POLITEKNIK? WALAUPUN AKU NAK BAGITAU AKU BUKANLAH PELAJAR POLITEKNIK.
 
 
PENGALAMAN AKU BELAJAR 1 SEM DEKAT UITM SEGAMAT, LEPASTU AKU STOP. AKU MOHON LAGI BUAT RAYUAN, TAK DAPAT. DAN SEKARANG UPU KASI AKU SAMBUNG BELAJAR DEKAT KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT. JADI BILA MEREKA BERDUA CAKAP BUDAK POLITEKNIK BODOH, AKU SEDIKIT RASA MACAM KENA TEMPIAS YANG TAK SEBERAPA. KECIK HATI PUN ADE. SEKURANG KURANGNYA POLITEKNIK DIPLOMA. SEDANGKAN AKU LAGI BAWAH PADA POLITEKNIK. AKU TERASA SEPERTI DI BODOHKAN DUA KALI.
 
 
POLITEKNIK SEKARANG DAH TARAF UNIVERSITI. DIORANG MEMANG TAK TAHU ISU SEMASA ATAU MEMANG TAK PERNAH NAK AMBIL TAHU SEBAB DALAM MIND SET MEMANG BUDAK POLITEKNIK BODOH?
 
 
AKU NAK CAKAP LAH, DUA ORANG YANG TEPEK BAGITAHU SATU DUNIA YANG BUDAK POLITEKNIK Ni BODOH LA,  KERJA KILANG LA, BLAH BLAH BLAH, NAK TANYA  SOALAN PALING BERNAS ABAD INI,
"BAPAK KAU ORANG KERJA APA? ARKITEK? DOKTOR? ENGINEER? KELULUSAN UNIVERSITI ANTARABANGSA? " TAYAH TEPEK BUDAK POLITEKNIK BODOH LA KALAU BAPAK KAU ORANG PUN SETAKAT KERJA MAKAN GAJI.
 
 
MACAM LAH BACKGROUND KAU ORANG TAK DAK YANG BELAJAR POLITEKNIK. MACAM LAH SEMUA DARI UNIVERSITI TEMPATAN SAMPAI KAU ORANG FIKIR RENDAHNYA MARTABAT POLI SAMPAI KAU ORANG NAK MALUKAN BUDAK POLI DENGAN STATEMENT KORANG YANG RARE TU.
 
 
SEPANJANG AKU BERADA DI SEM 1 DI UITM, MACAM BUDAK BUDAK LAIN. CARA BELAJAR SEMUA SAMA. DALAM KELAS TIDUR. RILEK. BUDAK POLI KE BUDAK KOLEJ KE, UNIVERSITI KE. SAMA JE WEYH. KALAU DAH MENGANTUK SANGAT. MACAM LAH BUDAK UNIVERSITI TAK PERNAH BUAT MASALAH. MACAM LAH BAGUS SANGAT.
 
 
KALAU DAH NAMANYA KAU PELAJAR, STANDART LAH KAU BUAT SALAH ITU INI, JADI, KAU PELAJAR UNIVERSITI KE, KOLEJ KE, POLITEKNIK YANG YANG KAU ANGGAP BUDAK BODOH TU, SEBENARNYA TARAF KAU ORANG TETAP SAMA LAH PANDAI.
 
 
MACAMLAH KAU MASUK UNIVERSITI POINTER KAU DEKAN DEKAN DEKAN DEKAN SAMPAI HABIS SEM. MEMANG DAEBAK LAH KALAU KAU DAPAT BUKTIKAN KAU TERRER MACAM TU. AKU RASA KAU MEMANG TAK LAYAK CAKAP BUDAK POLITEKNIK BODOH HANYA SEBAB KAU DAPAT MASUK UNIVERSITI. ITU BUKAN TIKET UNTUK KAU CAKAP BESAR.
 
 
ITU BUKAN TIKET UNTUK KAU RASA BANGGA DENGAN PAKAIAN YANG KAU PAKAI MASA PERGI KELAS ( PAKAI KEMEJA SIAP TIE) HANYA SEBAB KAU TAK PERNAH MASUK BENGKEL DAN KELAS KAU  BER AIRCOND SEPANJANG MASA. SEKURANG KURANGNYA PENGALAMAN KAMI LEBIH BANYAK DARI KAU ORANG YANG CUMA MENGADAP  BUKU SETEBAL 10 INCI. SAMPAI KAU SENDIRI BOSAN DENGAN APA YANG KAU ORANG BACA. KAU TAK PAYAH TIPU KALAU KAU CAKAP, KAU SANGAT BERSYUKUR DENGAN KOS YANG KAU MINTAK TU SEBAB KAU SUKA.
 
 
AT LEAST AKAN ADA SEDIKIT RASA KESAL. BETUL TAK? SEBAB KAU LANGSUNG TAK DUGA, KOS YANG KAU MINTAK TAK SAMA MACAM KAU HARAPKAN. AKU TAHU SEKARANG NI AKU DAH MEREPEK. AKU CUMA NAK CAKAP KAU ORANG NI SEMBANG KENCANG. MACAM TAK PERNAH KANTOI PULAK DALAM EXAM. 
 
 
DAH RAMAI AKU JUMPA, GRADUAN DARI POLITEKNIK BOLEH DAPAT KERJAYA YANG BAGUS, WALAUPUN DIANGGAP SEBAGAI BODOH. MUNGKIN KALAU KAU DAH BERGELAR GRADUAN DARI UNIVERSITI YANG TAK DE OTAK DAN JUGA TAK DE ADAB KAU MUNGKIN ADALAH SEBAGAI RATUSAN DAN RIBUAN GRADUAN DARI UNIVERSITI YANG AKAN MENGANGGUR !
 
 
AKU RASA KARANGAN AKU DAH PANJANG SANGAT. TAPI SEKURANGNYA AKU DAPAT BERKONGSI DENGAN U ALLS, TERIMA KASIH SEBAB KESUDIAN MEMBACA. DEKAT SINI AKU NAK TEGASKAN, BUDAK POLITEKNIK BODOH CUMA ANDAIAN MEREKA YANG RASA BANGGA BILA TERPILIH MASUK UNIVERSITI SEPERTI MEREKA BERDUA. YANG TIADA ADAB.
 
 
AKU TEGASKAN LAGI, BUDAK POLITEKNIK BODOH TAK AKAN PERNAH WUJUD DALAM KAMUS KEHIDUPAN !

Saturday, August 16, 2014

Betul ke macam ni caranya ~

Mieza S | 8/16/2014 01:59:00 PM | |







Semalam aku ada post gambar macam dekat atas ni di facebook. nak tanya depa depa sapa yang pandai buat design macam ni. Secara umum, memang sekarang kan tengah viral dengan design sempoi macam ni. Kan kan. Dengan harapan ada lah yang bagi respon baik. Aku nak ucap terima kasih pada semua yang respon baik dekat aku. Tapi aku tak faham, apakah kerana sekarang tengah HOT isu gaza, palestine semua aku kene kecam. ** ayat tak leh blah. -_____- tiba tiba je aku kena.






Aku tak tahu kenapa dia boleh bantai cakap aku macam tu. Padahal tak fokus pada subjek pun. Aku hanya fokus pada design yang ada pada subjek. Salah ke? Bak kata beliau, macam gambar dia sorang je ada kan, memang lah yang lain pun ada, tapi masalahnya nak mencari pulak satu hal. Dah ini je yang ada depan mata. Lepastu nak suruh gua crop crop bagai. Macam apa lah pulak. Adoi. Manusia macam ni pun ada kan? Cepat sangat melatah. ** Tak suka betoi 





Thursday, August 14, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Mieza S | 8/14/2014 04:18:00 PM | |





Waktu mula - mula scroll blog ternampak pulak kan BLOG DENAI HATI buat contest. Lagipun ni bukan blog biasa biasa. Ni blog berbisa jugak lah kan dari otai.  Sapa yang tak nak. Awok ni pakai handphone pun dah macam nak expired pulak kan. Asyik hang je. Mana lah tau kan kan. Tuhan nak bagi rezeki. dapat la aku pakai phone mahal tu sekali sekala. lagipun kan tak salah nak mencuba. bak kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" . Ha kau. siap bagi pepatah melayu pulak. Tiba tiba je dapat idea nak kasi pepatah melayu. lgipun aku memang suka nak menaip panjang panjang ni. Tapi yang pasti memang peribahasa yang aku guna ni kan ada kene mengena dengan entri ni. 


                                      


Walaupun aku tahu phone ni tak ada bluetooth -_- , tapi aku nak jugak. Sebab acah acah bergaya lah konon **poyo. tak sebenarnya memang tengah eksited waktu buat entri ni. Sebab harap sangat ada luck dekat cointest ni. Lagipun aku rasa ni first time aku join contest dari blog DENAI HATI. Sebelum ni mampu tengok je. Sebab selalu contest mesti nak kene CEO tinggi lah apa lah. Blog aku ni apa lah ada ** kesian kat diri sendiri. :'( 


Sepanjang iphone 5s keluar, aku memang tak pernah tau apa funtion dan kelebihan yang ada dekat phone ni. Sebab aku tau, kalau akutengok pun memang tak de funtion. mahal sangat kod. Memang tak akan mampu. mampu berharap ada someone kasi, tapi macam tunggu bulan jatuh ke riba lah pulak. Sapa plak yang murah hati nak kasi dekat aku. **banyak cantik :p



So, kat sini adalah kelebihan untuk iphone 5s. Alang alang jadi pengetahuan am untuk aku . kan kan. 

OS: iOS 7

Pemproses: Apple A7 (64 bit), motion coprocessor M7

Kad SIM: nano-SIM

Rangkaian: LTE, WiFi 802.11n dual band, Bluetooth 4.0

Dimensi: 123,8 x 58,6 x 7.6 mm

Berat: 112 gram

Skrin: 4 inci IPS LCD Retina Display, 640 x 1136 pixel

Ketumpatan: 326 ppi

Kamera: RMK8 (belakang), Dual LED, F / 2.2, 1.2 MP (depan)

Rakam video: 1080p HD (30 fps), 720p HD (120 fps)

Kapasiti: 16GB, 32GB, 64GB

Ciri: iSight Camera, True Tone flash, fingerprint sensor

Pilihan Warna: hitam, silver, dan emas



Rasanya cukup lah tu. dah panjang sangat kan. Takut merepek pulak. Nak ucapkan terima kasih pada big bos DENAI HATI yang bermurah hati kerana sudi menganjurkan contest iphone 5s. terima kasih juga pada para penganjur :



PENAJA UTAMA :
http://amariman.com/

2. http://www.eridy.com
3. http://www.hilalazmi.com
4. http://eizil.com/
5. http://asamboi.my
6. http://www.diarymama.com
7. http://pendekarberkuda.org
8. http://www.saji.my
9. http://abangensem.com
10. http://www.enveeus.com
11. http://www.pakarniaga.com
12. http://anarm.net
13. http://www.daddydee.net
14. http://www.sunshinekelly.com
15. http://sweetkurma.com
16. http://awn.my
17. http://mawarmerah2008.com
18. http://www.blogieta.com
19. http://www.broframestone.com
20. http://www.akmaomar.com
21. http://khairilmazri.com

22. http://wowberita.org/
23. Japan Budget Trip

Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
 Sekian :) 

Tuesday, August 5, 2014

Bangku

Mieza S | 8/05/2014 02:17:00 PM | |



Bangku tua itu tetap disitu,
Meski warna nya telah luntur,
Kerana mentari asyik memancarkan sinar,
Bangku itu juga akan tua,
Seiring dengan aku,
Semakin dimamah usia,
Tak pernah sedar,
Ada kedut pada wajah. 

Zulaikha ,,

Mieza S | 8/05/2014 10:35:00 AM | |


Buat Arif Haikal,
Andai saja aku bisa menjadi orang yang paling kau cinta, akulah orang yang paling bahagia kerana dicintai dengan kecintaan yang paling tulus.
Atas masa yang pernah kau buang kerana aku, aku akan gantikan dengan sesuatu yang kau damba.
Menjadi seorang isteri kecintaan suami.
Semoga inilah bahagia yang Tuhan rencanakan setelah berjuta derita aku lewati.

Buat Arif haikal,
semoga kau bahagia atas keputusan memilih aku untuk berkongsi sisa hidup didunia.
Dan andai diizinkan hubungan ini berpanjangan hingga ke syurga abadi.












Nak baca lagi tak? -_-

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.