PELAKON "BUTA" hanya di Malaysia - Mieza S Mieza S: PELAKON "BUTA" hanya di Malaysia

PELAKON "BUTA" hanya di Malaysia

August 23, 2014


Siapa tengok tv petang tadi? Kalau tengok mesti kau orang tahu siapa yang aku maksudkan. Hahaha. PELAKON BUTA HANYA DI MALAYSIA. Apa yang aku nak cerita sebenarnya dalam entri ni? Aku bukan nak kutuk apa yang pengarah buat. Sebab aku pun masih tak layak jadi pengarah macam mereka. Tapi aku sebagai orang yang menonton mesti ada idea dan cadangan sendiri. Termasuk korang yang melihat.


Apa yang aku maksudkan dengan PELAKON BUTA HANYA DI MALAYSIA tu, bagi pendapat aku, pelakon yang memegang watak si BUTA,  BUTA nya mesti BUTA yang paling kreatif. PELAKON BUTA HANYA DI MALAYSIA berkeadaan seperti, BUTA tapi :

  • mampu menyolek muka dengan sangat kemas dan rapi.
  • mampu menghalakan mata hitam tepat pada si pencerita.
  • mampu merajuk kemudian melarikan diri seolah olah mengetahui setiap alur jalan yang akan dilalui.
  • mampu melilit lilit selendang berkeadaan grend.

Kau rasa kenapa aku fikir macam ni? HAnya aku atau korang pun berkeadaan yang sama seperti aku. Aku harap dengan kritikan yang serba tak kena dari budak hingusan macam aku ni mampu dihadam dan diberi sedikit pendekatan untuk cerita cerita yang seterusnya. *Maaf andai terkasar bahasa. Sedikit nukilan dari budak hingusan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.