Friday, June 28, 2013

Ini yang termampu

Mieza S | 6/28/2013 11:33:00 PM | 8Comments |




Sedih je kan tengok menu hari ni? Sob sob. teringat pulak kat masakan mak. Asam pedas + sambal belacan. Perghh ! Sedap siot. Oke mOod terbang bagaikan layang-layang. Kecik ketagih nak update entri sejak beberapa hari lepas lagi. Tapi masakan punya waktu. Wah ayat. Gedik pulak. Menyampah kakton katanya. Ermm, harini kecik attend *eh betul ke word ni ?? satu event kod. Dianjurkan oleh CS. What CS? Computer Science. Ingat Bosan. Yelah kat flayer tu tulis "meet and great PA" .


Ingat tak best. Tapi jadi best pulak. Ada sukaneka. Tapi jadi sebek je bila ada lagi game yang tak dapat dihabiskan sebab kesuntukan masa. Okay ini memang tak aci. Kalau korang perasan kecik dah lama sangat tak update kan? Ye lama lah sangat kan? Hahhaa. Untunglah kalau ada orang perasan kan? yelah awok bukan blogger femes pun. Tiap masa ade pengunjung. Ye dok?


Almaklumlah semenjak bergelar pelajar ni bizi sokmo gitu kan? Hari Rabu tak payah lah cerita. Jadual gila pack kod. Tak sempat nak mimpi Aron Ajis. :( Nasib baik lah malam ni ada sedikit waktu. Dapat lah rehat. Mata sebenarnya memang dah ngantuk gila. Tapi tahan sebab nak cari bahan. Kecik nak menjerumuskan diri dalam pertandingan menulis surat kepada perdana menteri. hehehhe. Awok semua tak nak masuk? Kalau tak menang pun dapat sijil pon boleh.


Sijil diberikan kepada semua peserta. Menang kalah kan adat. Kalau menang rezeki. Kalau kalah boleh cuba tahun depan. Kan anak-anak mama sekalian? Act esok ada MODUL untuk CS part 1. Start pukul 7.30. Maknanya kecik kena bangun awal pukul 6.30. Wah awal gila. Ngantuk meyh. Tak sempat lagi nak mimpi pelangi yang indah. Asik miss je. Adoyaiii.


Berbalik kepada tajuk entri "Ini yang termampu". Hahhaa . Aagak-agak kesian tak nengok kecik makan tu je malam ni? Tolong lah kesian. Hahaha. Kecik jauh dengan mak ayah. Kat sini ada kawan je. Kawan pun tinggalkan kecik sorang-sorang. Yang sorang balik. Yang sorang pergi KL nak siapkan assigment. Yang sorang lagi pergi latihan silat. Untunglah kecik sorang-sorang.


Kecik dengar benda tak elok. :( Takut. Mula-mula rasa takut sangat. Tapi think posotive. Sabar je. Rupa-rupanya suara orang kawad, insyaallah mungkin :) . Takut hanya pada ALLAH !


Okaylah kecik nak mengarang surat ni. See u di ipt. Oke nyanyi lagu tu kejap ramai.



Wednesday, June 26, 2013

Segmen Bloglist Julai Blog Paly

Mieza S | 6/26/2013 10:50:00 PM | 4Comments |


nak join? click -->  s i n i



Tuesday, June 25, 2013

Simple But Awesome Giveaway! By NabilaMedan

Mieza S | 6/25/2013 05:58:00 PM | 0Comments |


Giveaway Terbaru Daripada NabilaMedan!!
Tamat Pada 1 Julai 2013
(Tekan Banner Untuk Sertai!)


Giveaway CLBH

Mieza S | 6/25/2013 05:52:00 PM | 1Comments |


nak join? --> s i n i


Banyak hadiah yang ditawarkan. Memang rugi sangat lah kalau korang tak join. Pemilihan pemenang berdasarkan cabutan bertuah. Bukan lagi random :)



SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM 100

Mieza S | 6/25/2013 05:46:00 PM | 0Comments |

JOIN ? --> s i n i



Monday, June 24, 2013

World War Z terbaik!

Mieza S | 6/24/2013 10:19:00 PM | 0Comments |



Alhamdulillah. Akhirnya dapat gak la kecik update entri. Sebenarnya niat nak update ni dah lama. Semenjak semalam lagi. Tapi tah kenapa google crome ni buat hal. Oh ****. Tak mencarut lah. Huhuuu. Kecik budak baik tau :) So, bila dah berkesempatan menaip ni, memang nak lepas gian terus sampai lebam lah. Hahhaa. Jangan marah tau? Semalam kecik n the roommate pergi OS. Saja nak merapatkan silaturrahim antara junior dengan senior dalam nilik kitorang. Bermanfaat tau. 


Selain dapat meluangkan masa bersama, kitorang jugak dapat mengenali hati budi masing-masing. Ha kan. Gitu pulak. Mengharapkan perhubungan yang terbina antara kitorang ni akan kekal sampai bila-bila pun. Roommate kecik ada dalam 4 orang. Tapi kami keluar bertiga je sebab sorang lagi ada family day. Kos banking. Untungla ada family day. 


Kami bertiga tengok wayang bersama-sama. Sampai je dekat OS tu memang dah kebulur gile. Ye kecik tau, kecik banyak makan. Kecik tau kecik ni badan kepeng je tapi siyez, memang kuat makan. Hahaaha. Memandangkan semalam hari Ahad, jadi kami bercadang untuk beli tiket wayang dulu. Takut ramai pulak yang nak tengok wayang kan? Mula-mula tak tahu nak pilih cerita apa. Yang ni nak tengok cartoon. Tapi kecik memang dah teringin habis nak tengok cerita World War Z. Selalu cerita omputih yang di adaptasi daripada game semua gempak kod. Contohnya cerita ni. Siapa pernah tengok? 





Silent Hill 2. Yang pertama kecik tak tengok pon. Ada orang kata kalau tak tengok yang pertama tak faham yang kedua. Memang lah. Tiba-tiba kenapa macam ni kenapa macam tu. Kan kan.? Tapi kecik tengok faham je. Hahha. Ada orang cakap lagi yang kedua lagi gempak dari yang pertama. Kecik setuju. Sebab yang pertama macam bosan sikit. Yang kedua best sebab banyak aksi kan? Sumpah gempak gila doe ! Memang rugi gila siapa yang tak tengok.


Oke berbalik pada cerita tadi. Kesimpulannya semua dah bersetuju dengan idea kecik nak tengok cerita World War Z. SO, kitorang still ada masa lagi. Masa  tu  lah kitorang jalan-jalan cari makan. Macam dalam iklan tb pulak kan? Haa, tu lh gamok nya kalau dah lama tak tengok tb kan? Bawah ni gambar sementara nak tunggu makanan sampai. Walaupun masing-masing tak makan dari pagi, muka tetap maintan cool je. Kan kan? Kecik pakai dress. Oh serabut lah. Lepas ni tak nak dah kua pakai dress. Baik pakai suar jean je. Boleh lari-lari. Hehhee.

Ni budak DBST part 1. Kami kawan baik :) Anda jeles? Sila tutup mata :p

 Yang ni namanya Kak Qila. Dia part bape ea? Part 6 kod. Eh tah. Yang penting ni tahun akhir untuk dia. Dia comel kan? Dia baik. Selalu kene buli manja-manja dengan kitorang. Kesian dia. Tapi kitorang tetap sayang dia. Kalau dia tak ada dalam bilik kecik mesti tanya mana dia pergi. Kalau kecik bangun tidur tengok tempat tidur dia kosong mesti kecik tanya mana Kak Qila. Nampak tak yang kecik memang sayang kat beliau? Sila nampak kan, sebelum mata anda dicungkil :D


 Ni lah santapan kami. Erk, air tak sampai lagi. Nampak tak permainan nya? Owner kedai suruh kami tercekik dulu. Kalau pape jadi kami dapat duit pampasan. Oke tipu je. Apa tah nama makanan ni. Yang penting kecik habis dulu. Kecik cuma tinggalkan sayur-sayur kecik tu sebab tak sedap. Padan muka. Agagga..

 Ni lah dress tu. Ni gambar sebelum ke selepas pergi. Tak ingat lah. Labuh kod. Tahu lak awok pendek. Kah kah kah. Terpaksa lah pegang kain setiap kali nak melangkah. Dress ni dipilih oleh kakak sepupu kesayangan saya. Maklumlah awok tak reti nak memilih baju kan? Kekampungan katanya . Beliau baru habis study kat matrikulasi dalam kos akaun. Mendapat pointer 3 dan ke atas. Hebat kan? Selalu kalah dengan dia dalam setiap peperiksaan besar. Tak aci. :p *jeles tau !

Ni pulak gambar time kitorang dah balik. Kecik paksa Nisa tolong ambilkan gambar. Kesian dia. Dah lah penat baru balik dari sukaneka. Kitorang  balik terus tak leh tidur. Hhahaha.


Ni donut . Beli dekat Big Apple. Walaupun sorang tak ikut, Kak Qila tetap beli 4 ketul. Untuk semua :) Baik tak dia? Lepastu kecik salah ambil donut. Kecik terambil yang ada cheese . Patutlah masin semacam je. Kecik punya donut ada kelapa dengan mangga. Nampak tak? kecik buta kaler. Tak semena-mena je kan? Kantoii dah. 




Petang tu jadi kenangan untuk kecik dengan semua. Sebab lepas ni Kak Qila dah habis belajar. Iera pindah dekat Uitm JB. Mungkin Niesa pulak tak sama bilik dengan kecik untuk sem depan. Wah sedih nya. Tapi apa pun dapat mengenali mereka semua adalah kenangan terindah dalam hidup. Dapat makan sama-sama. Gaduh sama-sama. Tidur dalam bilik yang sama. Bukak puasa sama-sama. Buat kerja sama-sama. Berkongsi air. Berkongsi makanan. Berkongsi tudung. Hahhaa. Tu pun nak cerita jugak? Mesti lah. Sebab apa yang berlaku semua tu akan jadi kenangan untuk kecik bila semua benda ni dah berlalu. 


Buat mereka, terima kasih kerana sudi menjadi kawan kecik, melalui setiap titian perjalan dalam kampus ni dengan insan macam kecik. Sudi makan sama-sama dengan kecik. Sudi bergelak ketawa dengan kecik. Sudi kasi pinjam barang dekat kecik kalau kecik nak pinjam. Sudi menghulurkan bantuan bila kecik memerlukannya Dengar cerita kecik. Sudi jadi anak-anak mama yang dengar kata da n baik-baik. Terima kasih sebab dengar cakap mama :) Oke tu je. Babai <3 *sayang korang

Saturday, June 22, 2013

Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya

Mieza S | 6/22/2013 11:46:00 PM | 0Comments |



Semalam hari Jumaat, pensyarah cakap Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya. Tidak dapat dinafikan, kecik agak terkejut dengan statement tu. Atas alasan apa pula Kuala Lumpur Bandar Paling Berbahaya? Memang kalau ikutkan dunia akhir zaman ni banyak  benda-benda zaman jahiliyah tu berulang tayang tapi dalam versi serba moden.


Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tampil untuk membuat pengakuan penafian berkenaan statement tersebut. Kenyataan bahawa Kuala Lumpur 10 Bandar Paling Berbahaya adalah sama sekali TIDAK BENAR! 


Berikut di sertakan keratan berita dari BENAMA : 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.
"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.
"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini Khamis.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota.
Bernama


 Pengajaran nya kat sini, jangan sesuka hati menyampai kan sesuatu yang belum dibuktikan kesahihannya. Takut ada yang tersalah anggap dan secara tak langsung menimbulkan spekulasi :)



// Sumber : http://www.silenceblogz.com


Melayu Boleh

Mieza S | 6/22/2013 10:19:00 PM | 41Comments |



Melayu Boleh. Kini, dengan penuh kekuatan lontaran jari yang gagah, ingin sekali saya menyatakan disini bahawasanya saya sangat berbangga menjadi anak Melayu. Melayu Boleh! 


Dalam era globalisasi ini, Melayu Boleh semakin berjaya memonopoli berbagai kejayaan sama ada dalam atau luar negara. Mungkin cuma kita yang tak pernah ingin mengambil tahu atau sengaja buat tidak tahu. Melayu Boleh semakin hebat mengecap kejayaan di peringkat antarabangsa. Kita sebagai Melayu Boleh sepatutnya merasa berbangga dengan kejayaan yang diperolehi ini. Bukan mudah untuk kita berdiri sama  tinggi duduk sama rendah. Begitulah bak kata pepatah Melayu Boleh.


Menyingkap sedikit apakah kejayaan yang diperoleh oleh Melayu Boleh. Mohd Nasuha Shamsudin, 21, menjadi rakyat Malaysia Melayu Boleh termuda pertama sampai ke puncak Everest menewaskan Muhamad Muqharabbin yang menawan Everest ketika berusia 22 tahun. Sementara itu, Myrza Fasha Md Hamyrudin, 25, memecah rekod dipegang Marina Ahmad yang menjadi pendaki wanita muda pertama negara menjejakkan kaki di puncak dunia itu pada usianya 26 tahun (2007).





Nah inilah antara kejayaan yang sepatutnya dibanggakan Melayu Boleh. Melayu Boleh sanggup mengharungi cabaran dan tidak merasa sedikit gentar walau sedikit pun. Mereka berani menyahut cabaran untuk membuktikan mereka adalah Melayu Boleh. Inilah yang dikatakan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Masih ramai lagi kekuatan dan bakat yang ada pada Melayu Boleh yang masih tidak diketahui. 

Tidak cukup dengan itu, kita kembali pula pada zaman era penjajahan. Cukup ramai Melayu Boleh yang bangkit memperjuangkan kebebasan. Mereka sanggup berjuang meski nyawa yang menjadi taruhan. Darah Melayu Boleh menjadi saksi kepahlawanan mereka dalam pengiktirafan syahid, insyaallah. Mari berceritakan sedikit tentang kepahlawanan Melayu yang tidak lekang di bibir Melayu Boleh meski cerita itu telah sedikit dimamah usia dan peredaran masa yang semakin mengejar kemodenan. 

Kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia. Sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu sendiri. Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka. Anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.

Rakan2 lain ramai yang terkorban ketika membela tanah tumpah darah.Lihat mereka. Betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah?? Akhirnya Panglima Awang dan rakan2nya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis. Meski begitu, kegagahannya menyemarakkan lagi kehebatan Melayu Boleh.

Tak menang tangan rasanya kalau saya ingin kongsikan kejayaan Melayu Boleh sejak kewujudan dalam peradaban dunia. Tak kira apa pun yang berlaku, Melayu Boleh tetap bangsa yang sentiasa akan bersatu hati dalam apa jua situasi, insyaallah. Saya  menyeru semua agar sentiasa lah tanam di hati Melayu Boleh sampai bila- bila pun. 

Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan berbangga dengan Melayu Boleh itu sendiri. ? Sebelum saya mengundur diri, ingat pepatah melayu yang sering diguna pakai sehingga ke hari ini. TAK AKAN MELAYU HILANG DIDUNIA. - Melayu Boleh !


Fiman Allah:Maksudnya:



Sesungguhnya Allah telah rela (suka) terhadap orang-orang mukmin, ketikamereka bai'ah (berjanji setia) dengan engkau di bawah pohon kayu, lalu Dia mengetahui apa-apa yang dalam hati mereka, kemudian Dia menurun kan ketenangan ke dalam hati mereka dari memberi ganjaran kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.
(Al-Fath:18)


// Nak join contest CEO? Click --> s i n i  
// Penganjur : Berita Kaki 
// Sponsor : Eca | Jom Stadi | Akmar Omar | Aku Penghibur | Cik Laili | Asyrof Studio | Boni Kacak | Menulis Menconteng | Fuh [dot] My | Media Siber | Gempak [dot] org | GilerKentang | Nur Mujahidah | Pondok Kecil | Pelik [dot] my |  Blog Fina

nfj boutique mini giveawa

Mieza S | 6/22/2013 08:41:00 PM | 0Comments |

nak join? click --> s i n i




4th YEAR GIVEAWAY YANA CRAFT

Mieza S | 6/22/2013 07:48:00 PM | 0Comments |



Nak join? Click --> s i n i



Uitm, Kampus Segamat Diselubungi Misteri

Mieza S | 6/22/2013 11:56:00 AM | 6Comments |


Hai hai. Selamat (pagi + tengahari) . Korang dah lunch? Kecik dah. Pukul 9 lebih tadi. Hok aloh awal nye. Mana tak nya berkobar-kobar gila nak pergi discussion English dengan classmate kononnya. Punya lah beriya-iya bangun awal. Sampai sanggup lempar je mimpi indah dengan teetttt. Hhahhaa, rahsia rahsia. Tak leh tau. Maluu toq.


Berjalan lah kecik dengan Aida yang cemetot ke Library baru. Perjalanan agak jauh. Mengambil masa dalam 15 minit atau lebih *propa jap. Tapi berpeluh kod. Siap naik turun tangga. Alaaa rasa dia macam bawak kereta manual naik turun bukit. Mesti penat kan nak main gear. *acah macam reti je bawak keta  minah ni. Alaaa tak lama lagi ada la tu rezeki kecik nak blaja bawak kereta. Kan kan? 


Bukan tak boleh. Cuma tak ada masa. Sibuk dengan study. Nanti habis study bukan setakat kereta, nak belajar bawak kapal selam pun tak ada masalah kan? Okay entri kali ni banyak gambar. Maaf. Apa yang misteri sangat? Uitm Segamat ada hantu ke? Ouh tidak la. Mudah-mudahan dijauhkan. Insyaallah menda menda tu tak kacau kami kat sini. Kami kat sini semua datang dengan niat nak belajar. Bukan nak menggatal atau seumpama dengannya. 


Sebenarnya kecik memang tak ada idea langsung nak hupdate entri. Tapi bila dah jadi macam ni mood nak hupdate tu membuak buak macam dah tak ada hari esok je. Jadi kecik gagahkan jari jemari dengan lenggang lenggok gemah gemalai nya membuka laptop comel. Untuk berkongsi cerita tentang apa yang misteri sangat nye dekat Uitm Kampus Segamat ni.


Kemesterian Uitm Segamat ni mungkin dah lama berlaku. Cuma baru kali ini kecik dapat rasa kemesterian yang digembar gembur kan oleh para masyarakat setempat yang tidak dikenali. Oke jom terjah. *macam melodi pulak. -_-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-














Apa yang tak kena dengan gambar yang cuma kecik tonjolkan pada entri kali ini? Nampak tak? Cuba korang perhati kan lagi sekali. Nampak tak? Sila tengok berkali kali apa yang misteri sangat dengan Uitm Kampus Segamat ni. 


APA? Dah nampak? Adoi lambatnya. Perasan tak sebesar besar Uitm Kampus Segamat ni kecik tak nampak sorang pun manusia kat laluan ni. Mana dorang pergi? Sunyi je jalan. Kiri kanan kosong. Depan belakang apatah lagi. Macam takut je. Nasib baik berdua. Kalau keseorangan? Tapi dalam perjalanan menuju ke kolej kecik keseorangan. Cik Aida pergi meneruskan perjalanan nye ke discussion. Kecik fed up nak jalan. 


Tempat dorang nak buat discussion tu bising. Nak pulak takut ramai orang. Tak selesa. tak ada air-cond macam kat library. Hahhaha. Opss, kecik lupa patut la. Harini hari Sabtu. Masing masing busy dengan aktiviti sendiri. Ada yang masih enak dibuai mimpi. Masih bertemankan selimut. Masih rasa kedinginan angin malam. Ye hari ni cuti. Semua orang  nak berehat sepuas puasnya. 


Termasuk kecik. Tapi kecik terlalu berkobar-kobar nak join discusion English yang pertama kali dianjurkan classmate. Sebab tu lah sampai jadi macam ni. Penyesalan yang tiada kesudahan. Nak nangis rasa. Sebab sanggup hancurkan mimpi indah tadi hanya dengan sekali deringan alarm phone. 


Mengharapkan mimpi tu akan terulang kembali. Dapat lah kecik tidur lena dengan air liur yang selalu keluar tanpa disedari. Rasa  kenyenyakkan tu dabel triple pulak. 



Eh - eh sesat pulak budak ni. Sempat lagi nak semak dalam entri? Ha marah marah. Kecik punya entri bukan u olls. Hahahhaa. Muka mintak penampar. Ambik gambar sendiri tanpa bantuan rakan sejawatan dan seumpamanya. Housemate semua ada aktiviti sejak sedari pagi. Kecik memang keseorangan sehinggalah entri ini sedang ditulis. 


Semalam pun sama. Ditinggalkan keseorangan tanpa belas kasihan. Ada sedikit rasa sedih dan kecewa. Kenapa diorang sanggup perlakukan macam tu kat kecik *jap. Nak drama kejap je. Oke dah. Diorang ada program apa tah. Penglibatan junior dengan senior. Nak berkenalan dan merapat kan silaturrahim kod. 


Jadi kesimpulannya kecik dah biasa sorang-sorang. Biarlah amik gambar pun sendiri. Janji tak kacau orang lain dah lah. Janji bahagia dapat hupdate entri merapu kat sini. :) Oke lah. Kecik rasa cukup lah tu. Dah rasa macam malas je nak menaip . walaupun ketamakkan nak penuhkan entri sampai dua tiga muka surat tu ada. Tapi, tak pe lah. bye ^_^

Segmen Topup 3 Hari Bersama AkuBahrain

Mieza S | 6/22/2013 09:55:00 AM | 2Comments |


http://www.akubahrain.com/2013/06/segmen-topup-3-hari-bersama-akubahrain.html


Jom join Segmen Topup dari akubahrain.com kali ke-2
Segmen ini akan berlangsung selama 3 hari sahaja mulai pada jam ini.
TAMAT pada pukul 11.59 malam bertarikh 22 Jun 2013. 

 SYARAT-SYARAT :
(SILA BACA DENGAN TELITI!)

(1) Follow blog akubahrain.com termasuk Google +
(2) Buat entry bertajuk "Segmen Topup 3 Hari Bersama akubahrain"
(3) Wajib Copy dan paste Code html Yang telah  disediakan Oleh akubahrain.com pada entry korang 

Tutorial Copy paste kod html




(4) Wajib klik di sini [jujur] --> SINISINI dan SINI
(5) Letakkan url entry korang di blog ini --> akubahrain.com 


HADIAH : 
Cabutan Bertuah
RM5 x 6

SELAMAT MENYERTAI SEGMEN!

Friday, June 21, 2013

Become A Batak Person

Mieza S | 6/21/2013 10:03:00 PM | 5Comments |
Dalam masa beberapa minit kecik sudah siapkan 3 entri berlainan. di --> S I N I dan di --> S I N I. Termasuk entri yang ini. Itu lah akibat kerakusan dan kegembiraan menang segmen --> N I . Huhuuu. Sebenarmya kecik eksited nak bagitahu u all semua. Tadi kecik pergi OS. Apa itu OS? Oh ye. Kat KL cuma ade OU *One Utama. Kan kan?


Jadi kat Segamat ni adalah OS *One Segamat. Segamat pon dah maju tau. Dah ada wayang. Starbucks. Maklum lah dah duduk Johor Darul Takzim (JDT- Luaskan kuasamu) kenalah puji sikit apa yang ada kat sini. Ha kelas kau nyah nak Luaskan sangat kuasamu. -_- . 





Sedikit gambaran untuk anda semua. Gambar sumber dari Google. Tak berniat pun nak masukkan gambar ni. Tapi disebabkan nak berkongsi jadi moh ler kita sama-sama berusaha dalam perncarian Google yang paling terbaik di abad ini. Kecik teman member kecik je sebenanrnya. Kecik cuma cashout duit ptptn. Wah memang berjalan sakan lah. Jauh kod bank dekat OS. Dah lah tempat orang. Blurr je kod. Malu segan semua bercampur baur jadi jemput-jemput pisang macam yang mak pernah buat dulu. Rindu nya. :( 



Lepas tu member kecik tadi nak beli barang barang keperluan mereka. Jadi kecik pun tak terlepas untuk menjoin kan sekali diri kecik dalam aktiviti wajib yang tengah mereka rencanakan. Jadi kecik pun beli lah 2 bende alah ni. Tapi kan, sebenarnya kecik terlupa satu benda. Gula-gula FOX. Sape pernah makan? Kita geng. Kecik minat yang warna purple tu. My fevret kaler kan. Hahhaha. Tak pernah dengar? Sila PM Google secepat mungkin. :D




Inilah yang kecik beli :) . Hehehe. First time nak rasa Lulur mandi tu macam mana. Tadi beli tanya akak senior camne nak pakai. Sebab macam pelik je. Arahan dekat benda alah tu cakap kalau dah guna tu tak payah guna sabun. Ibarat macam mandi je tayah pakai apa-apa pun. Oke pelik dan janggal. Kecik pun try lah. Hamik kau. Rasa ada bijik-bijik apa tah. Pelik doe. 


Tapi lepas tu rasa lega. Rasa selesa. Huhuuu. Cubalah. Tak rugi :) Kecik dah. Korang bila lagi?? Ceh macam buat iklan pulak kan. Kelebihan benda ni  : 


Beauty 5 in 1 :
  • Mengangkat kotoran dan sel kulit mati
  • membuat kulit tampak lebih cerah dan terawat
  • Menjaga kelembaban kulit
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Memberikan relaksasi dan kesegaran


Tengok .. Kalau dah dapat membebel lupa pulak nak cakap apa. -_- . Oke sorry semua. Sebenanrnya kecik cuma nak kongsikan gambar kat bawah ni. ^_^




Acah acah sayu je hati bila terpandang rel keretapi ni. Teringat dekat rumah pulak . Sob sob sob. .. 
Kat tempat kecik cuma ada KTM je. KTM yang membawa penumpang ke stesen yang berdekatan. Lepastu mana ada rel keretapi yang boleh dilalui oleh kereta.  Betul tak? Sape sini stay Shah AlaM? Oke lagi sekali kita jadi geng bAs sekolah :p 


Siyez seronok tengok keretapi ni. Ni keretapi lama. Tiba-tiba kenangan lama menjengah. Masa atuk nenek kita time muda-muda dulu. Rinduuuu tak? ?? Kita sama . Sep sekit. Masa ni berminit jugak lah menunggu keretapi tu nak lalu. Penat. Mana lah keretapi ni. Masa ni kecik dalam bas. Dalam perjalanan nak balik kolej :)


Yang bawah ni pulak time keretapi tu melewati jalan. Sempat pulak kau Mah snap gambar ni -_- . Biasalah. Tak nak terlepas setiap moment. Disetiap gambar ada lagu *Hoh trademark Yuna kecik pakai. Tak gitu :D 





Agak-agak korang kan. Berapa usia keretapi tu kan? Yelah Segamat pun kecik tengok banyak rumah-rumah kampung. Masih tak membangun. Atau mungkin mereka tak nak tukar kediaman mereka mengikut peredaran masa. Mungkin dalam rumah lama tu ada banyak kenangan. Kan. Best je tengok rumah kampung kat Segamat masa nak pergi OS. Huhuuu. Terusik jiwa. *macam nak raya lah pulak kan. Dah dari tadi cerita pasal kampung je. Bosan plak reader aku toq. 




Ni hadiahnya. Agak-agak siapa dapat ea? Kecik jeles la. Kecik suka kaler dia. Lawa. Tapi kecik tak beli pun untuk kecik. Kecik beli untuk pemenang http://www.kanvasdakwat.com/2013/06/ga-ramadhan-by-kanvasdakwat.html :) Kalau korang tak suka , kecik mintak maaf. Kecik reti pilih untuk design yang kecik suka. Kecik tataw pun design yang macam mana korang suka :(


Lawa tak? Bagi respon please, ^_^






SILA BACA NI !

Mieza S | 6/21/2013 08:41:00 PM | 2Comments |




Mula mula nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada owner BUASIR OTAK sebab dah pilih kecik sebagai salah seorang pemenang dalam contest yang telah dianjurkan oleh beliau. Kalau nak tengok disini --> TEKAN SINI . Gila tak sabar berkobar kobar nak hupdate belog semata-mata nak share kegembiraan bersama semua. Wahhh. Senyum manis masih tak lekang kat bibir. Huhuu. *Jangan jeles k? 



Korang tengok. Ohsem tak hadiah dia. Thats why kecik dengan bangga nye muka tak malu tinggal lagi bape hari terus je join contest beliau tanpa sempat tarik napas. Takut tak sempat bah. Sebab ada jugak blogger yang tak sempat nak join. Jadi kecik sedikit bertuah sebab dapat join contest beliau secara rasmi. Dan paling membanggakan menjadi salah seorang pemenang. 


Gila syokk. Apa yang kecik menang? 8GB SanDisk Cruzer Fit™ USB Flash DriveSape nak bagi kan? Memang la korang boleh beli sendiri dengan duit korang tapi pemberian orang kadang-kadang lebih bermakna kan? Nah tengok sendiri kalau tak caya :p --> S I N I

Nak tau kenapa kecik menang? Meh baca entri kecik kat sini. Jangan komen negatif. Gua tampar lu. *Oke tak takut, :D 












Tuesday, June 18, 2013

Berbuka puasa

Mieza S | 6/18/2013 08:34:00 PM | 3Comments |






Assalamualaikum. Salam satu Malaysia :) Hak hak hak. Hari ni mungkin hari bahagia bagi kecik. Hari ni hari pertama kecik berpuasa di Uitm sebagai anak perantau. Cewahhh. Puasa ganti, mungkin. Walaupun ke sana sini pergi kelas nak menuntut ilmu tu kena panjat tangge sampai dua tiga kali, kena naik bukit sampai nafas tercungap, tapi tak rasa penat pun.


Mungkin Allah memelihara kami, insyaallah. Nak tunggu pukul tujuh tu. Alahai lambatnya lah kan. Buang lah masa kejap buat nota nota untuk subjek ACC106. Lecture dah marah tadi suruh kami semua drop subjek tu kerana tak dapat nak jawab soalan dia. Soalan nya apa ye?


Makna konsep akaun kod. Tah lah. Tak ingat sangat. Hehhehe. Yelah tak faham dah bahasa inggeris. Jadi kena lah bekajar sendiri. Buat studygroup. Kan kan. Jadi nak cerita kat sini, indahnya berpuasa saat sedang menuntut ilmu. Allah memberi pahala dalam menuntut ilmu setiap langkah kaki ke majlis ilmu. Alhamdulillah.


Tadi, masing masing bergelak tawa, tiba-tiba azan. Wah kelam kabut semua amik air. Hahhaa.. Jiwa kacau lah. :) . Laka laka je mereka. Yang penting, hari ini dah disempurnakan. Semoga hari esok lebih baik pada hari ini ^_^

Segmen Review Ke 3 By AkuPenghibur.com

Mieza S | 6/18/2013 07:20:00 PM | 3Comments |


nak join?click --> s i n i






Monday, June 17, 2013

Get A Kit Kat ^_^

Mieza S | 6/17/2013 11:12:00 PM | 2Comments |




Korang nampak tak tu? Pernah tak agak-agak korang rasa atau tengok kit kat seperti dalam rajah? Ye, sape cakap pernah nampak mungkin dia pernah g overseas or dia tengah tipu kecik sekarang ni. Kan kan? 


Kecik baru je rasa kit kat tu. Sedap la jugak. Tapi kecik tak suka sangat sebab ada perisa cheese cake plak. Kecik bukan gemar pun rasa pelik-pelik. Ye dok? Selama ni kit kat kaler cekelat je kan? 


Actually lectere kecik yang kasi sebab kecik dapat jawap soalan dia. Soalan untuk CSC118 :) . Kecik berjaya buat flowchart dengan hasil usaha penat lelah nya. Hahhaa. Cuma tertinggal declaration sikit je. Hehhee.


Bukan apa. Sekadar nak berkongsi pasal kit kat tu je. Eh lupa nak cakap, kit kat tu dari JEPUN okay. Jangan jeles taw. Okay la. Kecik out dulu. Kecik nak study. Esok ada quiz untuk MAT210 ^_^ . Insyaallah jumpa lagi. Selamat malam semua. 



Mega Giveaway by Cik Hawa

Mieza S | 6/17/2013 05:18:00 PM | 1Comments |
ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH

Korang! Jom join Mega Giveaway by Cik Hawa yang julung-julung kali ini. Banyak hadiah lumayan dan menarik menanti anda :D

click banner untuk join.

Mega Giveaway by Cik Hawa ini disponsor oleh Mayini, Deena, Memey, Isamudin Isa, Syauqah, Mastura, Nur Zack, Simple Syara, Adam Faiz, Haida, Nyamuk Terbang, Ifah Dafila, Kaqyonk Fauzi, Mazni, Eymasu, Bubu Lalola, Cikgu Hailmi, Nur Zahirah

Segmen Simple Topup

Mieza S | 6/17/2013 05:00:00 PM | 4Comments |


*click banner for join us*
Hadiah
* Topup RM5 untuk 2 pemenang *
Pemilihan Pemenang
* 100% => Random.org *

SEGMEN SAYA NAK SHAWL

Mieza S | 6/17/2013 04:44:00 PM | 0Comments |



nak join? click --> s i n i



Sunday, June 16, 2013

ENCIK TELETUBIES

Mieza S | 6/16/2013 10:08:00 PM | 2Comments |

Assalamualaikum.


Dear,


Dah lama sangat rasanya saya memendam perasaan. Setiap kali permulaan sebuah mimpi, pastinya disitu ada tangisan yang tiada akhirnya. Saya tahu dan saya sedar, saya bukanlah seorang kawan yang terbaik selama hayat awak. Tapi sekurangnya janganlah mengabaikan nilai persahabatan yang cuba saya semaikan dalam kehidupan ini.


Selalu sangat awak abaikan saya. Selalu sangat awak tak peduli dekat saya. Selalu sangat awak tak endahkan saya. Dan selalu sangat lah saya terfikir kenapa mesti saya yang kena rasa semua benda tu. Dua puluh lima haribulan enam ni hari lahir awak  kan? Saya nak ucap 9 hari awal dari tarikh tu. Kenapa? Sebab masa tu saya tak kan ada untuk awak.


Saya nak lari. Lari dari rasa terkilan bila awak menjauh dengan saya. Saya tak nak rasa sedih. Saya tak nak rasa kecewa. Saya tak nak lagi rasa bersalah sebab tak dapat jadi kawan yang baik untuk awak. Saya dah tak dapat nak fikir harus bagaimana lagi menjadi untuk mengubah diri saya menjadi seseorang yang awak hargai.


Awak, walaupun saya tak pernah mengenali awak secara dekat tapi tak pernah sekali pun saya nak rasa awak berbeza dari yang lain. Malah menganggap awak lebih dari tu. Awak tahu susahnya saya nak rasa awak hilang dari kehidupan ni? Saya perlu  melalui sebuah penderitaan bagaimana gelapnya hari saya tanpa secebis pelangi harapan.


Pertama sekali izinkan saya melangkah kehadapan sedikit untuk memulakan bicara saya dengan lebih jelas. Tak ada apa yang lebih penting selain meminta maaf diatas pertemuan ini. Seandainya saya mampu membaca apa yang akan berlaku pada masa hadapan maka nescaya tak akan pernah sekali saya memulakan persahabatan yang dulu.


:'( Awak, kala ini saya sedang menyimpan sebuah perasaan. Perasaan rindu yang dah lama saya pendamkan sekian lama.  Dah lama nak berkongsi kerinduan ini dengan awak. Tapi saya malu. Saya takut awak tak nak dengar, saya takut awak menghukum. Saya suka berfikiran negatif diatas apa jua yang terjadi.


Awak. Yang keduanya, saya  tahu. Peratusan awak membaca apa yang saya tulis ini adalah sangat kurang. Jadi biarlah. Saya hilang. Awak tak akan terasa pun kan? Sebab selama ni saya yang mencari awak. Saya tiada kepentingan untuk awak.  :) Awak, semoga pada tarikh hari lahir awak, awak akan lebih menjadi seorang yang matang dalam membuat keputusan. Mampu menjadi diri sendiri. Mampu berjaya dalam dunia hidup awak. Mampu memegang segulung kejayaan.


Awak, saya berharap awak mampu menghadiahkan saya sebuah kemaafan yang dah lama saya nantikan. Kemaafan kerana sebuah pertemuan ini. Pertemuan yang saya sendiri sesalkan. Awak, saya harap lepasni tiada lagi pertemuan kedua. Biarlah ini yang terakhir dan tak akan terulang kembali.


Awak, nak selalu awak tahu. Saya menghargai awak sebagai sahabat saya. Awak akan selalu menjadi sebuah kenangan. Kenangan terindah saat perkenalan dulu. Kenangan paling manis saat dapat menjadi kan awak sahabat. Saya terpaksa. Memaksa hati untuk merelakan apa yang awak mahu kan. Saya tahu. Saya kuat dan saya mampu.


Cukuplah sampai sini coretan hati dari goresan semalam. Dah tak terluah dek kata. Dah tak tergamak menghukum perasaan.Semoga awak bahagia dengan kisah hidup awak. Selamat hari lahir ENCIK TELETUBIES yang ke 20 tahun :')  | 2506 |

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Mieza S | 6/16/2013 02:33:00 PM | 0Comments |




Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.