Thursday, August 23, 2012

ber HARI RAYA

Mieza S | 8/23/2012 11:36:00 AM | |
yuhuuuuuu. ya allah. bersarang. lalat semut tebuan anak konda semuanya dok bermastautin dalam belog kesayangan aku yang dah lama sangat tak dibelai dengan kasih sayang. hahaha. berjiwang karat aku setelah lama bebenor tak menghupdate.

almaklumlah. aku adalah salah seorang mangsa SPM 2012. cuba-2 menyibuk kan diri dengan lambakan kerja sekolah dan ulang kaji pelajaran. lama sangat rasanya aku tak berceloteh bebel mekak kat sini.

sekarang mood di kampung. sedang berkemas nak balik rumah kat selangor. dengar-2 angin yang bertiup kencang, rumah kat tempat aku banjir. masyaallah. tataw la macammana keadaan buku aku kat rumah. kene ke tak banjir.

dah la. kesedihan hati aku . aku mahu kongsi gambar sahaja pada entri kali ini. tapi ada dua keping je.
btw aku nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa yang mengguris perasaan. halalkan semua semua la.



masih belum terlambat untuk aku ucap selamat hari raya :))


Wednesday, August 8, 2012

Keistimewaan Al-Quran Dan Malam Lailatulqadar

Mieza S | 8/08/2012 12:03:00 PM | |

Al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.

Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.
Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.
Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.
Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.
Rebutlah peluang di malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Semoga apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya. Insyaallah. -illustrasiaku

Friday, August 3, 2012

AWAS! Sejadah Mempunyai Unsur Illuminati dan Freemason

Mieza S | 8/03/2012 02:52:00 PM | |

SEJADAH ?

Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.
Apa yang menariknya disini? Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah.




Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;

1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor
2) Bintang dan Bulan
3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.

Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.
Sila perhatikan betul-betul.



Sejadah dengan 3 ciri freemason 
checkered floor, bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)


Freemason

Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.

Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor

-Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)

Bulan dan Bintang

- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)

All seeing eye

- Simbolik/propoganda “The Hidden Hand/Dajjal” seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.


copy paste dari blogammar

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan.



© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.