Jualan Murah Ulangtahun Shopee

Jualan Murah pada Ulangtahun Shopee

jualan murah ulangtahun shopee


Tahukah anda? Shopee tak pernah mengecewakan memberi kebahagiaan kepada para pengunjung yang setia bersama mereka? Baru - baru ini platform shopee telah mengadakan jualan murah ulangtahun shopee pada 12 Disember sekaligus telah telah mencatat lebih 2.5 juta bilangan pesanan dalam tempoh 24 jam dengan lonjakan sebanyak 5 kali ganda berbanding prestasi tahun lepas. Wow wow! Weyh gile ni.

12 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Jualan Murah 12.12 Shopee Malaysia 

  1.  Jumlah pesanan sepanjang 12.12 tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas
  2. Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit sahaja, kami berjaya memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas
  3. Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watsons
  4. Sementara itu, bagi satu jenis produk, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih daripada 3,100 unit terjual dalam tempoh 24 jam
  5. Transaksi paling tinggi direkodkan daripada seorang pengguna berjumlah RM15,000
  6. Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah beg jenis kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa
  7. Masker wajah merupakan produk rebutan kaum wanita dengan kira-kira 7,000 unit masker wajah terjual. ROREC merupakan antara jenam kecantikan yang sangat popular dengan lebih 700 unit masker wajah Natural Essence ROREC terjual dalam masa 1 minit
  8. Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan pengguna lelaki dengan lebih 1,200 unit terjual
  9. Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee
  10. Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu sepasang baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20
  11. Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500 km - dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bahru, Johor
  12. Secara purata, 538 borak (chat) direkod setiap minit
Kau rasa rugi sebab terlepas peluang menikmati jualan murah ulangtahun shopee? Jangan risau sebab jualan murah ulangtahun shopee telah dianjak sehingga 31 Disember 2017. Ini bermakna kau masih berpeluang untuk memenangi percutian dua orang ke Honolulu, Hawaii bernilai lebih RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 sebagai sebahagian daripada hadiah sempena Ulangtahun Shopee.

Bukan itu sahaja, Shopee juga akan melancarkan kempen Kembali ke Sekolah dari 18 hingga 24 Disember 2017, membariskan promosi daripada pelbagai jenis barang kelengkapan persekolahan termasuk alat tulis, buku teks dan aksesori pada harga menarik tidak lebih daripada RM30. Apa tunggu lagi weyh? rajin - rajin semak https://shopee.com.my

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.