'Hilang' Kawan

'Hilang' Kawan

'Hilang' Kawan

Entri semalam aku dah delete. Kan betul aku cakap. Lepas je aku publish entri semalam, harini aku dah tak msg dia. Aku jangka kan ini akan berlarutan lama. Tapi entah la. Tuhan punya kerja meninjau masa depan. Aku tak mampu nak tengok apa yang jadi nanti. Kesimpulannya, orang macam aku tak layak nak cerita pasal 'lelaki istimewa'. Kalau ada pun, aku kena diam tak boleh bercakap pasal dia dekat sesiapa. Kalau tak, senang - senang je aku hilang. -_- BTW, selamat menjalani peperiksaan akhir sem. Semoga berjaya jawab dengan jayanya dan memperoleh keputusan baik. 

Bercerita tentang hilang kawan ni. akan buat aku sedih. 

Aku tak tahu aku yang gembeng sangat atau aku yang terlalu serius memikirkan situasi macam ni. Masa aku tengah menganggur dulu, BFF aku ada offer aku kerja dekat tempat dia. Memang sangat dekat dengan rumah. Aku nak je. Tapi fikir balik bila kawan duduk dalam satu tempat kerja macam susah lah. Aku ni jenis tak suka nak kerja satu ofis dengan orang yang aku kenal. Melainkan dia dekat tingkat lain, aku dekat tingkat lain. Tu mungkin okay. Sebab aku takut kalau - kalau aku kena marah dengan bos, aku merajuk dengan kawan tempat kerja nanti BFF aku tahu. Jadi, aku segan dengan BFF aku. Sudahnya sekarang yang kerja dekat situ, BFF aku punya BFF. BFF aku ni ada dua BFF. Satu, aku. Satu lagi kawan dia sorang lagi. Dan satu lagi jawatan diisi oleh soulmate dia. 

Aku tak kisah yang itu. BFF aku juga punya kehidupan sendiri. Seperti aku. Tapi sekarang aku betul - betul jadi ciwek bila ada satu hari tu, aku ajak dia lepak minum tu pun sekejap je. Dia kata dia pergi tengok wayang dengan BFF dan soulmate dia. Aku jadi macam. Alahai sedihnya aku. Kenapa sekarang dia dah tak ada masa untuk aku. Sebab kitorang ni jauh sangat ke ape?

Tah. Aku jadi sensitif sangat weyh dengan benda - benda macam ni. Sebab aku kenal dia lama dah. Lagi tambah sedih bila aku mengenangkan zaman kanak - kanak kitorang. Kemudian kitorang makin jauh. Shit. Lepastu air mata aku pun berjurai - jurai pecah jatuh. Kenapa eh aku jadi cengeng? Padahal ni benda bodoh kot. Biasalah tu, bila jadi dewasa aku kena biasa hidup sorang. 

Dan jawapan mudah aku yang selalu dapat ialah 'Tuhan ada'. Aku tahu Tuhan tu ada. Tapi aku nakkan seseorang yang berfizikal manusia untuk dengar apa yang aku nak cerita, dengar apa yang aku nak kongsi. Macam BFF lah senang cerita. Aku perlukan perbualan dua hala. Itu je. Dan aku tahu, Tuhan itu ada.

Aku rasa macam. Aku down gila bila aku berperasaan 'hilang'. Aku rasa macam semua orang nak larikan diri dari aku. Aku ni jahat ke? Aku cuma nak dengar bunyi ombak dan angin. Tapi tapi. Kan best kalau ada kereta, boleh pergi jejauh sikit. Nak pergi pantai, kalau naik moto macam. Macam jauh je. Hahahhaha

Kalau kau baca, maaf. Aku tak niat nak kutuk kau ke apa. Cuma nak tulis apa yang aku rasa je.

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.