Peluang Lagi

Peluang Lagi

Peluang Lagi

Peluang entah yang keberapa kali aku beri. Tapi masih lagi belum dihargai. Bila aku tolak mentah - mentah orang akan marah. Tanpa mahu tahu dan ambil kisah. Tanpa mahu peduli apa yang aku lalui. Tahunya cuma peluang - peluang. Aku ini apa. Bahan ujikaji memangnya? Kau bilang - bilang ke aku, tidak manusia sempurna dan punya rasa yang sama. Semuanya pasti ada unik dan beda masing - masing. Kerna Tuhan cipta kita semua istimewa. 

Aku juga sudah puas mahu buka peluang. Aku telah simpulkan masa lalu dan kejadian - kejadian yang menimpa adalah dendam dan amarah Tuhan atas bumi sepanjang aku masih ada nyawa dan bersatu dengan jasadku sendiri. Sebab aku tak pernah sedar, aku punya dosa pada Tuhan. 

Dia kata. Tolonglah jangan samakan aku dengan sesiapa lagi.
Mereka kata. Eh. Dah berapa ramai kau kenal sampai kau boleh kata semua orang sama?

Pirah. Itu kata dongeng yang sudah diajar dan kau sedang dalam belajar untuk mencanang pada manusia - manusia yang belum pernah kau jumpa. Yang belum kau nampak jerawat lubang - lubang pada mukanya. Yang kulitnya tidak putih macam kau bayang. Rambutnya tidak lurus macam kau mahu. Kemudian kau tinggalkan.

Kemudian, kau mintak peluang lagi. Bukan pada dia. Tapi pada dia yang lain. Yang baru mahu kau jumpa. Kalau dia tidak padan dengan mata kau tinggal lagi. Kemudian kau mahu peluang lagi peluang lagi. 

Kau sebenarnya sedang menunggu yang paling mata kau suka kan? Padahal kau kata, kau sedang mahu beli hati. Bukan mukanya. Kau penipu. Kau menipu diri kau sendiri. Kau menipu aku. kau menipu dia. Sudah berapa banyak kali kau menipu? 



Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.