Ada Apa Dengan Chowrasta


Ada Apa Dengan Chowrasta


Ada Apa Dengan Chowrasta

Bahasa Urdu untuk perkataan “Chowrasta” adalah bererti “Empat Jalan Silang”. 

Pasar Chowrasta adalah dilingkungi oleh Lebuh Chowrasta, Lebuh Tamil, Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Penang. 

Pada masa dahulu, pasar ini digelar sebagai Kelinga Ban San (Pasar India), di mana ¾ daripada 

Pasar Chowrasta yang asal telah dibina pada 1890 oleh Majlis Perbandaran George Town (ketika itu). Kemudian, bahagian hadapannya (yang menghadap jalan Penang) telah diubahsuai pada 1920 dan dikekalkan sehingga 1981, apabila sebuah pasar raya baru dibina di kawasan tersebut.



Sinopsis Filem Chowrasta

Filem Chowrasta ini mengisahkan perjuangan mengubah destini seorang anak Melayu bernama Hamid yang lahir di dalam kemiskinan. Peluang pekerjaan yang terhad, tahap pendidikan anak Melayu yang rendah dan negara yang menghadapi bahang 13 Mei 1969 menyebabkan manusia berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi walaupun terpaksa meminta-minta.
Kemiskinan mengajar Hamid untuk memperbaiki diri, bercita-cita tinggi, membakar jiwa dan semangat sehingga menjadi salah seorang anak bangsa yang berjaya.
Beliau yang berjaya merempuh onak dan duri akhirnya berjaya membawa diri dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Sejak itu, beliau tekad untuk membantu mencorak dan memartabatkan destini anak bangsa menerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kisah suka duka, pengorbanan, cita-cita, kecekalan, kepercayaan, rintangan, ketegasan, perjuangan, semangat dan kejayaan ini diharapkan menjadi panduan, harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, memajukan masyarakat, cintakan budaya danbangsa serta cintakan negara.
Saksikan filem inspirasi dari kisah benar yang dibintangi oleh Rosyam NoorNora Danish, Chem Amar, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su, Risteena Munim dan Safiah Hanifah.


Ada Apa Dengan Chowrasta
Gambar diambil sewaktu tayangan pentas ketika Event Kolektif yang brtempat di Galeri Shah Alam

Bersama dengan sebahagian team ‪#‎filemchowrasta‬ yang telah mendapat pengiktirafan MALAYSIA BOOK OF RECORD selepas berjaya mengumpul 4,460 orang penonton pada tayangan perdananya di Shah Alam. Jangan lupa saksikan #filemchowrasta berdekatan pawagam engkorang awal disember ini! Jangan lupa buat peringatan.


Filem ini merupakan inspirasi yang terlahir dari buku 'Mencorak Destini' . Antara barisan pelakon yang menerajui #filemchowrasta ialah Datuk Rosyam Nor, Fauzi Nawawi, Chem Amar, Nora Danish dan ramai lagi.
.

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.