Jambu Bersemadi


Jambu Bersemadi



Jambu Bersemadi


Malaysia telah digemparkan dengan pemergian Yus Jambu (Raja Lawak) atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Batu Pahat, KangarPerlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.

Semalam, dalam pukul 2 pagi, dah ramai yang memuatnaik status berkenaan arwah dimana mengatakan beliau telah kembali ke rahmatullah. Ramai yang tidak percaya. Ramai juga yang menganggap ia bahan gurauan kerana orang yan terawal memuatnaik status berkenaan beliau ialah rakan baiknya, Taukeh.  Memandangkan mereka berdua merupakan pelawak tanahair. 

Aku sendiri pun tak percaya. Sebab aku tengok dia sihat je. 

Rasanya baru minggu lepas aku tengok Juara Parodi dan sangat - sangat terhibur dengan persembahan pembukaan oleh kumpulah Pak Yus dan rakannya. Apa pun, semoga Pak Yus terus bersemadi dengan aman dan dijaga Tuhan dengan sebaiknya.

AL - Fatihah.



Jambu Bersemadi

Post a Comment

1 Comments

  1. innalillahhi wa inna ilaihi rojiun...sedihnya......hurmmmm..btw, kita dah follow awak #1657, mind follow me back? http://fatinzainuddinsihat.blogspot.my

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.